Langkau ke kandungan utama

Tajdid

Bismillahhirrahmanirrahhim..

Hari ini saya mahu memuntahkan lahar pandangan yang terkumpul buat sekian bulannya. Melihat dunia yang penuh pancaroba membuat saya tekad menulis bahawa kekuatannya cuma satu. Kebergantungan kita kepada Dia.

Saya meninjau sepanjang umur 16 tahun separa matang (heh, aku lahir lambat sebab bahaya buat lesen awalawal lah =.=) Baiklah, di sini saya mahu bertanya, anda , anda dan anda yang sedang melihat video matlutfi itu! 

Adakah salah jika saya bermesej dengan orang yang berlawan jantina dengan saya? Oh! saya telah mendengar suara dalam anda yang menyebut. HARAMMMMM!! (2 setengah harakat di situ) 

Oh! ada juga saya dengar yang mengatakan .. err takpe. cuma.. cuma... dengan tergagapgagap dan menundukkan diri. 

Oh! saya tahu anda menjawab, TENGOK APA YANG DIMESEJKAN LAHH. Wah! nampak anda tersenyum kerana saya memahami isi hati anda (kita ada kimia kutt =.=)

Baiklah, di sini saya mahu ceritakan satu hikayat :

Ran Mouri : Semalam aku dah tanya Hafiz, betul lah kita kena buat master plan yang mantap untuk majlis tu.

Sizuka : Eh, bila kau tanya? 

Ran Mouri : Marcapada menyenangkan saya. Mesej je la.

Sizuka : Oh. Tapikann. boleh ke kita mesej-mesej muslimin ni. tak timbulkan fitnah ke? Bukan dalam dakwah ni kita kena jaga serba serbi ke?

Ran Mouri : Kalau aku cakap mesej tu satu wadah untuk menyenangkan kerja dakwah macammane?

Sizuka : Kalau calling?

Ran Mouri : Macam kita bercakap dengan muslimin lah.

Sizuka : Ada ke sapasapa yang keluarkan fatwa kita boleh jaga hati kita 24/7?

Ran Mouri : DAKWAH KENA PANDAI BERKUNGFU, SEBAB JAHILIYYAH PANDAI BERWUSYU :)
Sizuka : Tapi bukan ke, MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA?

Ran Mouri : Back to the Basic : Setiap sesuatu bermula dengan niat :) Kalau kau tak mesej, tak calling, tapi hati tak jaga tak ke sama?

Sizuka : Tapi mesej dan calling dan chat itu antara faktor yang memudahkan hati untuk ke arah kemaksiatan.

Ran Mouri : That's why kita duduk dalam jemaah. Time aku lena, kau kenalah hempuk aku. Time kau terkapai-kapai aku umpan lah dengan chipsmore supaya kau berjaya naik semula.

Sizuka : Susahlah. Kalau aku, mesti aku cenderung minat kepada muslimin yang duduk dalam gerak kerja Islam ni. Kan? Atau kau lesbian?

Ran Mouri : Allah dah janji dalam An-Nur kan. Kau baik, kau dapat lah muslimin baik. Jangan nak risau sangat lah. Kalau kau tak kawin kat sini pun, Allah janji ada orang akan teman kau dekat syurga.

Sizuka : Awat kita melalut, dah kalau muslimin tibatiba mesej aku, selamat pagi, hari ni ada meeting blah3. Mesti aku goyang sikit beb.

Ran Mouri : Sebenarnya, yang salah hati kau, hati kau berharap yang bukanbukan dalam kau bekerja dengan depa. Sedangakan bila Allah sudah tetapkan kau kena kerja dengan dia, amanah adalah amanah. Hati yang kurap kalau tak rawat makin tambah kudis, nanah. Bahaya. 

Sizuka : Yelah aku salah. Jadi, tips sikit camana inginku turuti jejak langkahmu?

Ran Mouri : Heh, aku tembak kang. Kurap hati aku pun tak varnish habis lagi, Iman aku pun tak selalu topup. Tapi kita member, kalau aku tak ingatkan kau, takkan kita samasama hanyut kan. Kalau aku lah kan, aku perlu tetapkan, aku nak jadi PEKERJA YANG BAIK UNTUK SEMUA. 

Sizuka : Kadang-kadang line aku slow sikit. Let's describe.

Ran Mouri : Ye lah, aku tau aku siapa. dan aku tahu Dia yang letak aku kat tempat aku sekarang. Jadi, dah pasti Dia lagi tahu aku siapa daripada aku tahu aku siapa :) 

Oleh yang demikian, aku perlu berusaha menjadi pekerja yang terbaik untuk Dia. Aku perlu berusaha jaga iman aku. Aku pun perlu jadi pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang dihadapan muslimin yang aku kena kerja dengan dia, kerana Dia yang menempatkan aku untuk bekerja si situ :D
Sizuka : Kadang-kadang aku rasa aku jahat. Aku tak layak untuk kerjakerja ni. Hati aku berpenyakit. Bernanah. Kudis. Jahat.

Ran Mouri : Aku pun rasa macam tu. Tapi fikir balik, kalau kita tak bertahan, siapa ? kalau bukan sekarang masanya untuk kita praktis, bila? kalau bukan di dalam jemaah ini, di mana? Ayuh lah. Kita perlu baiki sekarang. Jahiliyyah serang bertubi-tubi. Masuk dalam saraf kita sesuka hati. Takde halangan, takde nasihat takde teguran terperinci. Harus lagi kita menyembunyi? harus lagi kita menyepi? harus lagi kita mementingkan diri? harus lagi kita menurut nafsu hati? Ayuh sahabat! BAIKI DIRI. SERU ORANG LAIN.

Sizuka : Lagi?

Ran Mouri : Tak perlu drastik. Tak perlu. Sedikit tapi istiqamah itu yang lebih awesome. Allah menjadi benteng antara kita dan hati kita, tak payah nak sorok sangat lah. Dia tahu. tahu Sangat. Dekati Dia. Mohonlah hati yang bersih selalu. Yang ingin bertemuNya di sana kerana mentaatiNya di sini :D

Sizuka : Kerana Dia aku berdiri di sini. Aku cuba. Segala puji bagi Dia.

Hikayat aku sudah tamat. Moga bermanfaat.
Saya tak pandai mencoret, cuma pandai menconteng. Sila tolong liquid kalau contengan saya mengganggu wall pendapat awak . Trimas :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan