Langkau ke kandungan utama

Selangkah Lagi DiizinNya Aku

Untuk hari-hari yang aku jejaki kian hari
Tak terucap rasa syukurku kepadaMu Tuhan
Baiknya Engkau memberi aku peluang sebegini

Terlalu berharga pengalaman ini
Terlalu banyak kasih sayangMu yang aku peroleh ya Allah
Kehadiran mereka di sisi ku
Kehadiran aku di sisi mereka
Hanya Engkau yang tahu apa rahsianya

Hari-hari yang aku lalui di sini
Menjadikan aku semakin matang membesar
Satu nilai besar yang benar-benar aku cedok
Nilai menghargai

Entah kenapa dalam ribuan jutaan manusia
Dipilih aku di sini untuk belajar dan bertatih
Jalan ini jalan yang bukan biasa-biasa
Tapi tetap setia Kau bekalkan aku dengan secukupnya, Tuhan

Untuk jejak yang ke sekian kalinya
Aku terus-terusan menerima kebaikan demi kebaikan
Dalam syukur ku yang lama belum sempurna
Kau tambah lagi hadiah-hadiah untuk disyukuri

Terima kasih Allah
Engkaulah yang mengajarkan aku membesar dengan kebaikan
Berkongsi dan mengajak kepadanya
Sungguh, tak pernah aku betah bertatih selepas ini
Tanpa cahaya dan pimpinan Mu.

*Alhamdulillah done grad, done masuk kerja :)
Mukminah Aqilah, 9 April 2019
Priesa Wada


Ulasan

  1. alhamdulillah. semoga yang mendatang baik2 saja untuk kita semua =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah for every ni'mah. Tahniah jgk dah grad n dapat keja. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas