Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tajdid

Bismillahhirrahmanirrahhim.. Hari ini saya mahu memuntahkan lahar pandangan yang terkumpul buat sekian bulannya. Melihat dunia yang penuh pancaroba membuat saya tekad menulis bahawa kekuatannya cuma satu. Kebergantungan kita kepada Dia. Saya meninjau sepanjang umur 16 tahun separa matang (heh, aku lahir lambat sebab bahaya buat lesen awalawal lah =.=) Baiklah, di sini saya mahu bertanya, anda , anda dan anda yang sedang melihat video matlutfi itu!  Adakah salah jika saya bermesej dengan orang yang berlawan jantina dengan saya? Oh! saya telah mendengar suara dalam anda yang menyebut. HARAMMMMM!! (2 setengah harakat di situ)  Oh! ada juga saya dengar yang mengatakan .. err takpe. cuma.. cuma... dengan tergagapgagap dan menundukkan diri.  Oh! saya tahu anda menjawab, TENGOK APA YANG DIMESEJKAN LAHH. Wah! nampak anda tersenyum kerana saya memahami isi hati anda (kita ada kimia kutt =.=) Baiklah, di sini saya mahu ceritakan satu hikayat : Ran Mour...

Supersaiya Hidup Saya

Bismillahirrahmanirrahim. Tuhan, tolong aku. Berkati usahaku. *Mood iamNeetaband :P Hari ini aku mahu mencicip sedikit rasa. Kebelakangan ini aku banyak membuat kerosakan. Aku banyak menzalimi diri sendiri. Dan aku tiada penatnya dengan itu. Tangan ini menari kerana hati ini berbisik. Aku banyak melukai dia kebelakangan ini. Banyak sekali. Aku sering saja membantahnya, aku menjawab katanya, paling minimum pun hatiku menahan rasa marah yang membuak. Sangat teruk aku ini. Ibu, saya tahu saya banyak melukai ibu. Saya selalu buat ibu marah dengan tindakan sukahati saya. Saya merobek sedikit sebanyak kepercayaan ibu. Saya pernah beli aiskrim kat Terus Maju yang pastinya buat ibu tunggu laaaama dalam kereta (kemudian buat ibu bengang dan taknak makan waffle + aiskrim Cancer yang saya beli tuu). Lepas tu ibu singgah Petronas. Ibu yang turun pergi bayar kat kaunter. Padahal ibu tak pernah rajin nak turun. Saya pernah order burger kat Chiking bila saya mintak ibu belanja...

Buktikan Jika Mahu

Bismillahirrahmanirrahiim. Kenapa dashboard blog berubah. Tak suka sebab tak biasa. Kena selalu post lah kalau nak biasa :P (buat muka tak bersalah) Macam tu jugak dengan kita, orang barat serang kita guna saraf, mula-mula kita menentang. tak suka. benci. Namun, at the last kita macam redha je. Hari ini terdetik untuk bermesra dengan keyboard walaupun kepala zero. Wahai blog saya mintak maaf sebab dah lama tinggalkan awak.Saya tak sibuk, cuma tak berkesempatan sahaja :P Aku nak kelas kita menang pertandingan 4k Aku nak semua cikgu sayang aku Aku nak jadi pemimpin yang baik untuk depa Aku nak mak dengan ayah aku tersenyum bila nampak aku Aku nak semua member-member suka aku Aku nak cari husband yang hensem dan baik Aku nak study melalui laut (oversea) Aku nak jadi hamba Allah yang soleh Aku nak jauh daripada maksiat Aku nak bilik aku aircond Aku nak meja study lebih besar Aku nak rumah aku kemas dan bersih Aku nak sekolah aku cantik selalu Aku nak...

Penulisan itu hidup.

Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu. Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard. Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai  hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia. Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan ta...

Renyah

Dengan nama Dia aku menulis, Tuhan, limpahkan aku keredhaanMu untukku terus tega mengorak langkah luas dalam kehidupan seharianku. Air mata ini merembes tanda kerdilnya aku dengan cobaan Dia. Saksi betapa aku hati terkoyak kerana menghampakan insan yang telah banyak membantu. Aku tak pernah minta untuk jadi begini. Keraaa pentingkan diri, aku emosi. Kerana tertekan dengan keadaan sekeliling, aku marah-marah. Tanpa memikirkan janji-janjiNya aku lemas menyakiti insan itu. Memikirkan bebanan ini aku selalu kecewa. Ya! aku bukan yang terbaik untuk berada di tempat ini. Aku kecil. Nampak aku ketawa, namun tersembunyi tangisan yang paling dalam. Nampak sahaja aku kuat untuk memberi arahan, namun aku sebenarnya cuba membina diri. Aku sayangkan jemaah ini. Terlalu. Aku mahu sekali lihat jemaah ini bahagia. Namun sirna melebihi sinar. Aku tak pinta begini Tuhan Sebelum ini aku mendamba kebaikan untuk dikecapi semua. Namun, Dia tak beri apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu. Tangi...

Hikayat Tudung Besar Saya

Bismilahhirrahmanirrahim..Moga Allah redha penulisanku ini. Moga aku ikhlas untukk berjuang  dan berdakwah melalui jalan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW. Ini cerita saya. Daripada kecil saya dididik dengan tudung besar ini. Mula-mula saya rasa agak terkongkong. Saya juga ingin memakai seperti yang  kawan-kawan lain pakai. Saya pernah memakai tudung 45, ayah saya tegur. Saya segan nak pakai tudung tu lagi, jadi saya hanya ada tudung besar ni. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5, saya tetap begini. Pada hakikatnya saya boleh sahaja menukar dengan tudung yang lebih berfesyen dan ikut trend, tetapi saya tak tahu kenapa ada sesuatu yang menghalang saya membuat begitu. MALU. ya, saya malu pakai tudung selalin tudung labuh. Lagi satu, kalau saya pakai bukan tudung labuh, SAYA RASA TAK SELAMAT. Rasa tak dilindungi.Rasa mata-mata itu liar memerhati. Jadi, saya memlilih tudung besar ini. Saya selesa, saya selamat, saya behagia.  Dan t...

Garang

Assalamualaikum Selawat dan salam ke atas baginda , utusan sekalian alam. Firstly, Tuhan, aku ingin ikhlas dalam menulis. Hari ini entri masih menjurus ke arah peribadi, namun tetap tak lepas daripada tanggungjawab insani. Berkhidmat untuk kamu dalam memesan ke arah kebaikan , agar secebis bekalan, bisa menunjukkan hikmahnya di sana. Ok cukup. Garang. Ramai yang cakap aku garang. Dan aku dengan yakin mengaku Yup! aku garang. Sila takut. Tetapi di sini ingin aku menyelak tirai halus perbezaan di antara garang dengan kuat marah. Kuat marah tu maksudnya garang? Setuju? tak! Kuat marah bererti dia selalu tak dapat mengawal emosi amarahnya dalam keadaan apa pun. Ini saya ok. Garang pula pada aku bererti dia akan reflek dengan TEGAS walaupun benda tu tak perlu tegas sebenarnya. Jadi? anda dapat lihat bezanya tu? tak dapat? Aku pun.Orang yang kuat marah semestinya garang. Tapi orang yang garang tak semestinya kuat marah. Yay! Sukati korang lah nak faham cemana. Aku memang kuat marah dan gara...