Isnin, 17 Oktober 2016

Perantau

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam diam aku di sini
Dalam ratapan dalam aku bersuara

Rasa makin jauh daripada diri aku yang dahulu
Rasa aku hidup dalam diri yang baru

Diri baru yang amat aku benci
Aku jadi sukar berani menjadi diri sendiri

Alasan menjadi orang besar sangat payau
Aku lemas menjaga pandangan mereka

Dalam musafirku aku masih mencuba

.....
Perantau
Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya Engkau yang tahu.
Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu.
Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi.
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang.
Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah.
Munsyid : Nazrey johani ft FarEast, Salleh Brothers, Azhari Nowseeheart, Naim Mirwana.

1 ulasan:

kumen2