Selasa, 4 Oktober 2016

Cerita Zemi 1 : Kobayashi Warning

Bismillahirrahmanirrahim.

Di pagi yang indah segar bugar ini izinkan aku bercerita mengenai Kelas Zemi.
Kelas Zemi ni, namanya sebenar Seminar, kalau kat Malaysia mcam kelas tuto, atau kelas pengkhususan (betul ke idok taktau, yang penting yakin)

Zemi = kelas yang dibentuk selepas semua orang pilih nak belajar apa, satu kelas bawah 30 orang. Kalau fakulti ekonomi dia ada banyak la kelas zemi, macam makro, mikro, akaun, management, finance,business, bajet negara etc2.

So pendek cerita
Allah telah menetap dan mengizinkan aku masuk zemi finance. 

Sumpah aku taktau doe sbelum ni, rupanya zemi yang aku masuk ni yang paling susah, set-set budak pandai, belajar berganda, majime belajar, dan memang taihen boleh menyebabkan stress. Aku rasa tertipu.

So pendek cerita aku dah bertahan dengan zemi ni sepanjang sem satu yang lepas,
Semalam masuk sem dua hari pertama. Hari pertama pun dah ada presentation weyh. Punyalah kukuh bukti zemi aku ni memang zemi yang gila =.=

Konon-konon semalam aku nak berubah lah nak berani betanya dalam kelas. Pastu semua senior tak dapat jawab soalan aku. Semua orang pun memang tak faham point yang sama pun, so krik-krik.

Oh lupa bagitau, zemi aku ni bukan sensei yang ajar satu-satu macam kelas biasa tu. Zemi aku ni dihandle sepenuhnya oleh senior. (budak budak third year) . Kira dalam kelas tu 23 orang gurai campur second and third year students. So third year akan bimbing dan ajar second year kalau depa tak faham. Bila geng-geng second year naik third year, depa akan jadi senior pulak. Buat perkara sama.

Sensei kadang-kadang je akan ajar dan buat konklusi di akhir kelas kalau sensei datang. 
So bayangkan lah aku yang keseorangan kemelayuan di tengah-tengah orang jepun yang cakap laju macam lagu rap cakap pasal finance. Dah la bahasa jepun, cakap guna bahasa tinggi-tinggi, pasal finance, tak paham english, pasal situasi Jepun lak tu. So aku sangatlah kerdil dalam kelas tu. 

Okay sambung, So bila soalan aku tak berjawab, ada senior yang kata, okay nanti kita cari semula pasal ni dan bincang di group line, dan di sub-zemi. Semua setuju dan presentation diteruskan.

Bila masa nak dekat habis, sensei macam biasa, mood dia tak baik, dia tak suka cara senior handle zemi, cara senior present dan cara kitaorang bilajar mungkin? So lepas dia kutuk-kutuk dia blah macam tu je.

Buat sekian kalinya zemi aku stress lagi. Waktu balik, aku study kat library, dapatlah mesej kat group line zemi , Kobayashi senpai (baca ; senior Kobayashi) macam marah, suruh semua orang baca buku teks ulang paling kurang 2 kali sebelum dengar presentation. Pastu dia suruh cari sendiri apa yang sendiri tak paham, kalau tak jumpa gak baru bawak ke sub-zemi . Oh sub-zemi ni kelas tambahan untuk zemi tu, kelas yang buat waktu rehat hari khamis, semua orang gather sebagai tempat belajar / ulang kaji apa yang dah belajar atau tanya apa tak paham waktu kelas zemi sebernar.

Aku dah kata zemi aku ni gila. Tapi bagus gaklah untuk orang macam aku yang pemalas ni. Bila kena zemi yang cenggini, hamikk ngko. Stress ke tak ke, mampus hang kena study jugak tanpa sempat memikirkan isu kesunyian mahupun isu masyarakat sosial. Poyo.

Sambung semula, aku dah rasa dah bila Kobayashi warning kat group tu, dia macam tuju kat aku je, sebab aku macam tak research sendiri dulu, terus tanya senior apa yang aku tak paham.

Nak berhenti jantung aku bila dia pm aku direct. Memang dia ikemen tapi dia garang sangat, suka marah-marah, gaduh dengan senior lain, cakap laju, so memang tak berani lah walaupun dia rasa dia baik dengan aku. Maji kowaii. Kobayashi suruh aku baca buku teks (bahagian yang dah di presentation tadi) paling sikit 2 kali. 

So aku macam , okay so memang betul kan dia tuju kat aku. maka berlaku lah dialog aku dengan kowai senpai di line.

K : Baca tau buku teks tu paling kurang dua kali. Pastu kalau tak faham tanya kat sub zemi. Insyaallah saya tolong Aqilah cari apa yang awak tak paham.

A : Roger !
Err, Sorry senpai marah eh kat grup line tu, saya takut sikit. Taktau lah betul ke tak, tapi saya nak try bagitau senpai apa yang saya rasa. Saya menyesal tanya soalan tadi dalam kelas. Elok saya takyah tanya tadi. Sekarang ni saya pikir kalau tak berubah attitude yang diam, redha je apape berlaku dalam kelas tu, saya rasa sem ni pun saya akan ketinggalan, jadi golongan lembab. So, bila saya baca mesej senpai macam marah tu, saya rasa macam, cemana eh saya nak berusaha tanpa menyusahkan orang lain. Saya taktau sampai mana sebenarnya saya  kena berusaha. Sori panjang dan bising.

*waktu aku type panjang-panjang ni aku nak nangis gila tapi sebelah meja aku kat lib tu orang lelaki, so tak cun la nangis. nanti dia ingat function tudung aku pakai ni, untuk lap air mata, kan susahh.


Aku taktau lah, memang aku ni jenis jujur terlebih. Tak boleh weyh nangis sorang-sorang, Lantak ko lah garang cemana pun , semua orang takut pun, Kobayashi kena tahu aku ganbaru (baca : usaha) gila-gila kot. Bukan dia sorang je yang bersungguh untuk zemi tu, dia tak boleh penting kan perasaan dia rasa dia betul, dia layak marah , pandang rendah kat orang lain.

Weyh cerita aku tak habis lagi. Lepas aku type panjang tu, dia reply
 K : Minta maaf ! Jangan salah faham, Aqilah tak salah la, saya tak marah la. Tapi, sebab waktu awak tanya tu, semua senior tak dapat jawab, so yang salahnya semua senior. Saya rasa macam nak ajar semua orang, saya rasa nak buat zemi setiap sabtu ahad,  full zemi, so kita boleh study semua benda !

*aku nak pengsan dah baca ni, kalau ikut kepala dia ni, gilaa aku nak datang dai (uni) penuh sabtu ahad, zemi pulak tu. Mati mati mati. Tapi nasib aku pandai EQ aku stabil, aku reply

A : Betul ke senpai tak marah? Saya taktau cara orang jepun marah cemana. Saya rasa mana ada salah senior-senior, baru sangat bukak sem ni, mana ad orang nak belajar rajin 100%. So takda orang salah pun sebenarnya, tak marah siapa-siapa pun takpa.

K : Hmm. tapi saya marah jugak kot sikit kat budak-budak third year la. Bukan Aqilah je yang nak bertanya, tapi semua junior akan bertanya soalan. Senior-senior ni depa tak belajar, sebab tu tak dapat jawab soalan. Weyh ko ingat lama ke sem 2 ni?

A : Betul tu betul, tapi kalau saya naik 3rd year, saya tak nak marah kawan-kawan saya. Apa yang lemah, saya nak baiki sama-sama dengan depa. Tu yang saya fikir sekarang la hihi. Tapi memang betul lah, bukan senior tachi je yang kena belajar betul-betul kitaorang yang junior pun kena belajar. 
So, untuk lepas ni, bagi mengelakkan saya kena dapat mesej warning lagi, saya janji dengan senpai saya akan baca buku teks 2 kali.
 *Tak pasal-pasal ko berjanji siapa suruh. tapi bagus jugak lah psikologinya lepas aku tegur dia, aku cover balik dengan janji manis supaya tak nampak macam aku nak tegur phewwww susah gilaaa

K : Sebenarnya saya taknak marah pun. Tapi ye lah, saya ni macam ni lah. Aqilah tak salah apapa tau. Jom berusaha sama-sama daripada sekarang !

Tujuannya bukan cerita pasal warning ni.
Apa yang aku nak tulis adalah pasal perangai orang Jepun. Susah tau dengan depa ni, kalau dia ni Islam, senang aku ceramahkan. Depa ni semua genius-genius tapi sayang tak da sudut pandang luas macam Islam ada.

Semua orang pun dah habiskan banyak masa untuk zemi ni, fokus banyak dah bagi. Dah research dan present terbaik yang masing-masing boleh bagi. Kau nak semua sempurna, sila meninggal. Weyh kau dah berusaha gila-gila, pastu sebab sensei tak puas hati dengan usaha kau, kau kecewa. Kau belajar untuk sensei ke diri kau?

Syukur tu tenang. Tenang tu tanda syukur. Lepas kau dah berusaha habis, apa yang kau dapat lepas tu kau kena terima, syukur dan redha. Tapi tu lah , dengan orang Jepun ni susah nak diskas, satu sebab language barrier, satu lagi sebab dorang sendiri takda agama dan takda pegangan. Sebab tu kalau stress boleh senang-senang bunuh diri. 

So aku dah penat membebel pasal zemi. nanti kalau ada cerita best lagi, aku try update, sebab tu sengaja aku letakkan Cerita Zemi 1. 

Gerak lu apape roger! 






2 ulasan:

  1. menarik baca. suka bila ada term japanese and explanation makna. thank you. follow me back!

    BalasPadam
  2. Kaklong baca ni pun dub dab dub dab jantung..
    Terutama masa baca dialog Aqilah dan respond senpai tu..
    Saspen tu..

    BalasPadam

kumen2