Selasa, 11 Oktober 2016

金融ゼミ :資本と資産の違い

金融ゼミ :Finance Zemi
資本と資産の違い : Perbezaan modal dan aset

Bismillahirrahmanirrahim.
So kali ni, antara list posting tertangguh adalah
nak notes kan beza antara 資本dan 資産
Kalau hang nak paham dalam bahasa jepun rujukan nya kat sini : http://detail.chiebukuro.yahoo.co.jp/qa/question_detail/q1411242294

Aku buat nota ni, sebab aku selalu keliru tau,
資本(baca : shihon) dengan 資産 (baca : shisan)
Haa kan sama shi tu.
So aku macam selalu sesat kat tempat yang sama dan cari benda yang sama. 
Lepas ni harap Aqilah tak lupa dan rajin tengok notes ya =.=

1) 資本 (baca : shihon) = modal,ekuiti,kapital 

2) 資産 (baca : shisan) = aset
3) Contohnya : Daripada kecik lagi seorang Aqilah nak beli kereta mazda (sebenarnya aku tengah buat lesen kereta, kalau lah lesen kereta boleh beli, dah lama aku buat contoh) .

So dengan niat nak kahwindan  beli kereta, start landing sampai Jepun dia pun menabung duit. (dia takda niat nak tiru sebarang isteri pimpinan mohon jangan salah faham)

Ni gambar pergi petik strawbery

4) Aqilah pun terus dan terus menabung sampailah sekarang duitnya ada 400man (kalau korang nak baca man = ringgit pun boleh je. Btw, 1 man yen = lebih kurang rm400)

5) Suatu hari , apabila telah mendapat lesen kereta (ameeen ya Allah) senpainya (baca : senior) Kak Halimah ingin menjual kereta second hand dengan harga 1000man.

6) Aqilah ingin membeli kereta tersebut, tapi duit tak cukup, Dia pun ketuk rumah kohai (baca : junior) yang kaya raya sebab malas berjalan, pinjam daripada kohai sebanyak 600man lagi.

7) Aqilah berjaya beli kereta tersebut dan dapat bawa ramai orang ke tempat cantik dan tempat program. Habis dah cerita. 

Biar saya cerita satu-satu eh. 
  • 400man yang disimpan oleh Aqilah disebut 自己資金/自己資本. Kalau bahasa melayu dia sumber sendiri / modal sendiri. So ringkasnya kes ini 400man = 資本(modal/kapital)
  • 600man  yang dipinjam daripada kohai adalah 負債(baca : fusai ).Maksudnya tak lain tak bukan hutang lah kan.So, 600man = 負債(hutang)
  • Bila dah beli tadi, kereta tu jadi milik Aqilah kan. Aset Aqilah kan? Harga kereta tu berapa? Pandai. Harga kereta = 1000man. So. 1000man = 資産(aset)
  • Kesimpulannya :
    Aset = Penggunaan duit/ dana tu untuk apa (kereta, rumah, pejabat, mesin,)
    Cemana / daripada mana dapat duit tu = Daripada tabungan (modal sendiri ) + Pinjaman daripada kohai (hutang)

    Kesimpulan kepada kesimpulan :
    [資産 = 資本 + 負債]
    Aset = Modal + Hutang
    Kes kereta tadi : 資産1000man (Aset) = 資本400man (Modal) + 負債600man (hutang)  
Setel.
Mohon dapat beza 資本dengan 資産.

Kalau dah faham boleh blah, kalau nak tambah kefahaman try jawab soalan ni :
Tadi Aqilah ada 1000man dia buat apa? Dia boros, dia beli kereta semua 1000man tu. So dekat Aqilah sekarang takda duit kan. 

Dia amik keputusan, dia minta pinjam duit kawan / bank sebanyak 100man untuk perbelanjaan dia. Yelah sewa rumah, bil-bil, makan. kawin, travel duit nak cekup mana? 

Haa apa jadi kat formula [資産 = 資本 + 負債] Aset = Modal + Hutang tadi?

Aku dah ngantuk, lepas ni aku nak benkyou, so aku jawab terus lah. (perasan gilaaa orang baca)
{資本modal(400man) + 負債hutang (600man + 100man = 700man)} = {資産aset (1000man + 100man = 1100man}


Sekian. Moga bermanfaat. 

6 ulasan:

  1. MUla2 faham..
    Bila masauk soalan tu terus tak faham balik..
    Adoi, karatnya otak.. XD

    BalasPadam
  2. dia tambah hutang pula...aiyak.. ilmu baru ni. alhamdulillah, siap pakej bahasa jepun lagi tu...eh ye ke jepun?

    BalasPadam
  3. wah, bestnya reti bahasa jepun. :)
    Sinuha singgah sini and follow! ^_^

    BalasPadam
  4. Wowww...bestnya stay di Japan. Tahun depan, tempat holiday yang telah ditarget tu. Cuma belum decide nak pergi mana...hehehe... Boleh suggest klu hujung taun tempat mana yang plg best utk dilawati?

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    BalasPadam
  5. oh, budak nagano.
    nan nen sei?

    yoroshiku jugak

    BalasPadam

kumen2