Selasa, 11 Oktober 2016

Cerita Zemi 2 : Omae Saitei

Bismillah.

Aku suka pulak cerita pasal zemi kat sini, mungkin sebab aku bebas daripada judge mereka-mereka di fesbuk huhu.

Hari Isnin yang lepas, aku berkejar balik daripada Hari Sukan Malaysia kat Saitama, sampai rumah pukul 12 malam macam tu. Aku lari balik awal walhal Isnin tu cuti Sports Day Japan, sebab ada group discussion zemi ! 

Group discussion ni bukan macam sub zemi, (kalau nak tau sub zemi tu apa, pergi cari balik kat post Kobayashi Warning) . Group discussion adalah untuk 4 orang satu group, terdiri daripada 2 orang senpai ( baca : senior) dan dua orang kouhai. (baca : junior) 

So semua sekali ada dalam kelas tu ada 4 group. Aku group C, group yang ketiga untuk sem dua ni. Meh aku cerita dulu geng kumpulan aku.

Dua orang senpai namanya Pura (Nama sebenar dia Pradeep Marjan, daripada Nepal, bapak pandai dan boleh tahan hensem putih macam hindustan tak macam daripada Nepal) , dan sorang lagi Takahashi (Yang ni pun cover macho, bawak watak yang hensem cool pendiam rambut tutup dahi, tapi tak paham lawak hambar aku, so aku dah reject dia masuk list waktu sem lepas)


Termasuk aku ada dua orang lah junior tahun dua. Sorang lagi daripada Mongol. Nama dia Namunn. Budak perempuan yang sama-sama terus masuk universiti Jepun terus daripada negara sendiri macam aku lah.So kitaorang geng la, sama-sama mempunyai pemahaman yang perlu dipahami. (baca : lembab)

Okay sambung, so sebab hari Isnin tu aku ada group zemi, hari Sabtu waktu dalam bas bertolak nak pi Hari Sukan kat Tokyo tu, aku bukak buku kot. Tak pernah-pernah aku buat pheww, Waktu tomaru (baca : menginap) rumah kawan malam sabtu tu pun aku study sikit. Haa bayangkan punya berubah seorang Aqilah banyak main kepada Aqilah nerd bersama buku zeminya,

Dan setelah balik pukul 12 malam hari Ahad, pagi Isnin pun tiba. Aku pun lepas study apa yang patut, pergi lah library jumpa Pura dan Takahashi. Depa ada suruh baca naiyou happyou (kandungan / isi presentation) yang akan ada hari esoknya.

Pendek cerita, aku ada tak dapat jawab apa yang depa tanya. Benda tu benda basic kalau amik finance. Tapi benda tu kena ingat sebab tu fakta sejarah. Depa mana faham, Aqilah dengan fakta sejarah ibarat beruk dengan teddy bear. (teddy bear tu Aqilah) haha

Pastu mulalah kena marah. (baca : depa tak marah macam tengking-tengking, tapi tegur baik-baik? tapi terasa gilooo)
*Disclaimer awal-awal : Apa  yang aku tulis ni bukan macam ni cara depa marah aku, tapi aku guna bahasa aku bagi deep sikit metaforanya. Depa tak guna bahasa-bahasa seperti di bawah, tapi kesan sakitnya tu di sini maigoddd sama je.

Kat tajuk tu , omae saitei = kau paling teruk . Pura dan Takahashi cakap, depa sama-sama pikir aku dengan Namun paling noob dalam kelas Zemi tu. Paling tak boleh pergi. 

"Lemah nihongo (baca : bahasa jepun) bukan satu alasan!"
"Aku tak suka kau harap orang kesian kat kau."
"Pura pun bukan orang jepun, boleh je sampai tahap sekarang."
"Memang lah perlu banyak bertanya, tapi usaha sendiri kena banyak juga"
"Kalau tak paham dalam nihongo, paham la dalam bahasa sendiri!"
"Bukan kitaorang takmau ajar terus, tapi kitaorang nak ko cari sendiri dulu benda basic yang ko tak ingat ni"
"Kalau kau usaha gigih lagi, kau boleh je pergi "
"Aku percaya kau ni jenis boleh dipercaya. Apa yang kitaorang suruh kau betul-betul ikut."

Aku senyum-senyum angguk je waktu dengar. Dalam hati bertahan..Ya Allah..

Habis kena basuh dengan dua orang senpai ni, aku termenung sorang kat library. Asal aku bodoh sangat weyh. Asal aku susah sangat nak terima aku kena faham dalam bahasa jepun, so aku kena teror lagi bahasa jepun. Aku belajar gila-gila pun tak nampak hasil pun.

Aku tak mampu nak buat apape lepas tu. Rasa macam semua orang nak geng Kobayashi nak marah-marah aku. Biar aku leave je la zemi ni. Dorang langsung takmo paham aku. Tapi betul aa apa yang depa cakap.

Aku jadi senyap 4jam kat library taktau nak buat apa. Aku nak sangat nangis, tapi aku nak jadi big girls dont cry. Tapi aku rasa aku ada hak nak nangis. Tapi aku tak nak lah orang sebelah tengok aku nangis. Tapi kalau belajar pun tak masuk ni. Tapi kesian air mata ni, dia nak keluar.

So aku balik rumah untuk mengalah,big girls cry. Aku tekup muka dengan Ozila Fatimo (Nama bantal lap air liur basi aku), aku nangis lah sebab aku tau hak aku waktu tu. Susah aih waktu period , semua benda nak kena pikir, nak kena nangis.

Susah-susah belajar kat luar negara ni, susah lagi orang tak dapat biasiswa, tak dapat belajar, tak dapat makanan, tak dapat ibu ayah, tak dapat family bahagia.
So habis dah cerita.
Sekian.



2 ulasan:

  1. Susah juga ya belajar dlm bahasa asing..
    But I know you can do it.. You are the chosen one..
    Takpe nanges puas2.. Pastu kita refresh balik.

    BalasPadam
  2. be strong adik oi.. dulu i kena ulang tahun pengajian tahun 1, lagi teruk, bertambah malu dan rasa nak give up. sedangkan course sampai 5 tahun, bila dah repeat jadi la 6 tahun kan so bertambah stress.

    it's okay to cry tapi jangan give up! kena kuat buat self reflection and istiqamah memperbaiki diri. Personally, i think if one time you tried and you failed, it means you are doing it wrong. mungkin cara study, tempat study, masa kita study, dengan siapa kita study, and sebagainya.

    of course, the only person who knows you best, who understand your situation, and ultimately the only one who can judge you is yourself! so don't feel too bad about yourself. keep your chin up and ganbatte kudasai!!!

    BalasPadam

kumen2