Bismillahirrahmanirrahim.
Dosa dan kita . Tak pernah nak berpisah.
Kalau dah jadi kawan karib, kita jadi jauh dengan Allah.
Allah bagi keletihan, untuk berehat.
Untuk kembali lebih dekat kepada Allah,
Selepas itu.
Kadang saya selalu mengambil kesempatan ke atas nikmat rehat.
Rasa diri layak untuk rehat lama-lama
Kerana kepenatan semalam untuk Allah katanya.
Celakanya saya
Sanggup mengimpi kerehatan dunia
Lupa tanggungjawab untuk akhirat.
Mereka bilang, beri masa untukmu bernafas,
Supaya perjalanan selepas ini lebih laju.
Tapi saya salah tafsir atau sengaja salah
Saya berehat untuk nafsu, bukan kerana Allah.
Maafkan saya lagi, wahai Allah.
Saya malu sangat.
Ulasan
Catat Ulasan
kumen2