Langkau ke kandungan utama

Surat kepada Aqilah 25 Tahun

Bismillahhirrahmanirrahim

Hari ini 27hb September 2016. 
Sebenarnya aku terfikir  nak buat surat kepada diri sendiri 5 tahun akan datang sebenarnya waktu birthday aku 1 September lepas. Tapi ye lah, Aku merancang Allah juga merancang, aku jugalah yang merancang tak bersungguh hihi.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Okay untuk Aqilah yang dah masuk 25 tahun, 
Aku harap kau dah bersyukur harini kau dah genap 25 tahun. Ku layangkan seketul hello Assalamualaikum daripada diriku 21 tahun. Apa cerita sekarang? Dah kerja ke? Dah kawin? Apa cerita family ? Waa tak sabarnya aku nak tahu apa jadi kat kau 4 tahun akan datang ni.


Apapun diri kau Aqilah yang lebih dewasa,
Aku harap kau masih dapat menjalani hidup kau macam kau bertuhankan Allah dan cuma hidup semata mencari redhaNya. Cita-cita kita still maintain sama kan? Kita nak masuk syurga kan?


Aqilah yang lebih dewasa,
Sepanjang 21 tahun ni aku hidup ni, aku cukup puas dengan kehidupan yang sangat baik. Cukup syukur dengan apa yang Dia bagi kat aku sekarang. Aku harap aku masih dapat maintain rasa syukur ini walaupun aku dah besar mana pun. Aku ada semua, kecuali badan yang kurus dan otak yang genius haha. Tak sempurna mana pun apa yang aku ada, aku tahu semua ini yang baginya Allah. Alhamdulillahi a3la kulli hal wanastagfirullah.


Aqilah yang lebih dewasa, 
Kalau boleh aku titipkan pesan pada kau di masa hadapan, moga kau tabah, moga kau kuat, moga kau tak kalah dengan ujian dunia. Apa pun ujiannya.

Ingat Kilah, sedangkan waktu kau hidup single solo di Matsumoto kau boleh survive, kau punya result jatuh kebabom gila-gila kau boleh sediakan hati yang kuat, waktu tiada siapa memahami hati kau menjerit kau mahu score tinggi-tinggi, mahu cepat habis sem, mahu teman berborak, mahu orang ajar, mahu didengari, nyata kau boleh sahaja lalui perit-perit itu, semua tu kau lalu sorang, kau tegar lagi guna hashtag #kilahsado kan. Ni apatah lagi bila kau jadi lagi dewasa ni.

Sebab dunia ini terlalu sempit untuk berduka wahai diriku, terlalu sekejap untuk mengejar mereka yang tidak peduli. Ujian yang sakit untuk hadapi tu, sekejap je singgah. Jangan pilih untuk terbawa-bawa sedih kecewanya. Jangan pilih untuk kalah senang-sanang kilah.

Kunci aku boleh bertahan sampai sekarang adalah tidak lain kerana aku punya Allah. Yang menerima aku seadanya walau secomot dan sehina apapun seorang Mukminah Aqilah. Jumpa, ceritalah selalu, ceritalah sejujurnya dengan Allah. Dia tahu apa yang kita mau dan perlu, Dialah kekuatan. Dialah penyokong paling agung.


Aqilah yang lebih dewasa,
Harapan tinggi aku supaya kau dapat lalui setiap perjalanan hidup kau dengan menghargai insan-insan sekeliling kau. Jangan lupa hashtag #dikelilingiorangorangbaik kita hihi. Mengaku jujur, realitinya dengan depa hadir dalam hidup, banyak buat kau kena banyakkan alhamdulillah, syukuri dan hargai. 

Di sekeliling kau, ada macam-macam jenis orang. Ambillah solusi Islam yang meletakkan akhlak sebagai jalan perundingan hubungan makhluk dengan makhluk. Siapapun diri kau, rendahkanlah hati, sayangi semua jangan dibeza-bezakan. Hormati hak orang lain sekiranya kau nak orang lain menghormati hak kau.

Kalaulah ketika ini Allah pilih kau sebagai pemimpin kepada sekelompok manusia, elakkan mencalar hati-hati mereka, kerana kau pernah sakit dicalari. Kau pernah nangis kan bila rasa terhina, rasa tak function langsung kepada pimpinan. Sakit sangat, jadi jangan buat kat orang lain ya. Pemurahlah pada memberi ilmu dan teguran berhikmah. Jangan mahu mengalah menjadi orang-orang yang pemaaf dan pemohon maaf. 

Kau dah bergaul dengan pelbagai lapisan orang, maka mohon masuk dengan mereka pada tahap mereka. Jangan tarik paksa mereka mengikuti kelajuan ilmu mahupun kerja kau, itu sombong namanya. Cuba Kilah. Cuba jangan tinggikan suara ataupun tinggi diri depan orang lain, walaupun kau takde langsung niat jahat. Cari , usahakan hati yang bersih sewaktu menjadi pemimpin kepada diri kau sendiri, apatah lagi orang lain.Jadi macam Rudy Habibie yang tak putus asa menjadi mata air yang jernih. Kalau kau berniat baik, ikhlas kerana Allah, inshaAllah Allah dengar, Allah tahu dan Allah nilai semua tu, jangan risau aih.

Jangan mengungkit kebaikan kau. Itu tak pernah masuk pekerjaan kau, Biarlah kau sakit cemanapun hari ini, daripada kau tiada modal di sana. Biar ah depa ungkit kebaikan depa, itu untuk kau sedar jugak tentang pengorbanan depa, depa banyak berkorban selama ini, tetapi kau tidak hargai sampai depa terpaksa ungkit. Muhasabah lah selalu walaupun yang menegur itu bertujuan menyakitkan, atau takda tujuan membaiki diri kau untuk lebih baik pun. Muhasabahlah selalu, Biar penat di dunia ini jadi orang baik.

Sebarkanlah salam dan cinta, (series dengar macam poyo gila haha) Sebarkanlah.*Serius balik. Sampai depa yang sayang kat kau akan dapat rasa bahawa kau lebih sayang depa lebih daripada depa sayang kau. Baru aa sweet. Sampai depa yang dok kat keliling ni, tenang bila kau ada, yang dok kat keliling ni, boleh jadi saksi kau antara orang-orang baik yang masuk dalam dunia depa. Dan moga-moga Allah akan jadi saksi penyaksian depa suatu hari nanti.


Aqilah yang lebih dewasa, 
Kau tidak pernah lambat tau untuk menuntut ilmu dan membaiki amal. Kau selalu cakap nak cari redha Allah, so kau jangan lupa kerja khalifah kau. Berat, banyak gila kan?  Jadi jangan pasifkan diri. Jangan pernah redha kalah dengan pujukan nafsu, Biar sampai mati Allah jadi saksi kau tak mahu kalah dalam bermujahadah. Kau kena banyakkan doa supaya kau dapat mencintai Allah selayaknya. Ganbareba Allah ga suki dayo ;'(


Aqilah yang lebih dewasa,
Sorilah jadi panjang sangat. Mungkin sebab aku yang muda ini risaukan masa tuanya. Risau masa depan yang tak ketahuan berjaya mengheret aku jauh daripada apa yang aku nak. So kau maafkan jela diri kau yang bujang banyak membebel ini.

Dekat akhir ni, aku harap kau dapat maintain happy dan ceria macam biasa, maintain banyak membebel dan menulis sekiranya itu besar manfaatnya kepada diri dan orang lain. Aku harap watak kau sebagai ketawa orang, telinga orang dan tempat orang minta tolong ni akan kekal sampai bila-bila.

Apape jadi waktu umur ni, kau jangan berubah jadi murung nak bunuh diri ke apa tau. Kau kuat je sebenarnya kalau kau ada Allah. Aku harap 25 tahun kau hidup besar manfaatnya dan tak sia-sia,  Jangan kalah dengan benda-benda kecik. Moga kau makin besar makin jelas matlamat syurga.

Aku dah nak habis bebel da ni. jaga diri kau baik-baik. Kalau kau gemok sekarang, mohon rajin berjoging dan rajin ponteng makan. Jangan nak gemok sangat nanti susah orang angkat mayat. Aku sayang kau. Allah sayang kau, ibu ayah huda semua sayang kau. Jaga hubungan dengan Allah, sayang semua orang. Kalau ada orang benci kau pun, kau kena sayang dia, biar nampak terhegeh asalkan kau takda hati busuk jenis berdendam semua tu. Janji kayyhh

Oh satu lagi, kalau kau dah takda kat dunia ni waktu umur 25 tahun, aku harap semua pesanan aku kat atas ni, boleh disampaikan kepada semua orang yang kenal aku, rindu aku dan pernah sayang aku. Cemana aku pesan diri aku, camtu lah aku nak pesan kat korang sama. Aku sayang setiap orang yang pernah berkenangan dengan aku.Terima kasih korang. Halalkan semua yang aku pernah hutang atau ambil daripada korang, doakan aku banyak-banyak ye.

Wallahua'lam.
21sai no akira.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan