Langkau ke kandungan utama

Pen Oh Pen

Assalamualaikum. Hari ini mahu kongsi sesuatu. Pernahkah anda melihat dan menilai statement di bawah?

wo0..Dasyat kot. boleh mati. Tapi entry ni aku bukan nak suruh korang tak bagi hilang pen. Tapi nak ajak korang supaya kita sama-sama menilai dengan sudut pandangan yang lain.

Perkongsian ini ringkas sahaja,
Hipotesis : KADANG-KADANG KITA TAK SEDAR SATU PERKARA KECIL BOLEH MENYEBABKAN SATU IMPAK YANG BESAR DAN TAK DIDUGA.

Radas : Kehidupan di dunia dan akhirat

Pembolehubah
Manipulasi : Perkara kecil yang dilakukan
Bergerakbalas : Kesan besar yang tak diduga
Malar : semua manusia

Cara : 
1) Kamu comment di fb pada status kawan yang agak tidak serasi dengan kamu, menegur kesilapan ejaan pada perkataan dalam statusnya itu.
2) Kemudian dia ingin menutup kesilapannya dengan ayat "saja jer,, nak test readers,sapa yang peka .." atau ayat yang sepupu dengannya,
3) Kamu dengan tanpa memikirkan akibat terus memperlekehkan dia, kononya adik kamu pun pandai mengeja atau apa-apa ayat yang menunjukkan dia tak pandai eja,
4) Kawan kamu marah. dan berlakulah pelbagai unsur-unsur negatif . menyebut aib orang, mencarut dan sebagai.
5) Perbalahan di bawa terus sehingga menginjak ke beberapa hari dengan disertai beberapa pengkomen lain yang kononnya mahu memberhentikan.
6) Di luar, kamu mula tidak bertegur dengannya.memasamkan muka dan cuba mengelak daripadanya.
7) Maka putuslah persahabatan kamu dengannya,

Pemerhatian : Kesan besar tersebut sangat tidak diduga 

Kongklusi : Sesuatu yang kecil itu sangat memberi kesan pada waktunya. kadang kita tak sedar perkara kecil yang kita buat itulah yang paling berkesan pada hati orang sekeliling, perkara kecil itulah yang buat kita berjaya , perkara kecil itulah buat kita memendam rasa bertahun-tahun., perkara kecil itulah buat kita insaf dan berubah, perkara kecil itulah buat kita menyayangi dan disayangi, perkara kecil itulah membuat kita disisihkan, perkara kecil itulah membuat kita tersenyum setiap hari, perkara kecil itulah membuat kita menghormati dan dihormati,,

Dan jangan lupa. kita tak tahu, Allah yang Maha Menilai. Entah kerana perkara kecil yang membuat kita masuk syurga, atau perkra kecil yang membuat tergelincir ke neraka, nauzubillah.
Sekadar renungan bersama. hipotesis accepted! =p


Ulasan

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.