Langkau ke kandungan utama

Kesedihan itu milikNya

Salam.
Sihat tak hari ni? kalau sihat alhamdulillah.kalau tak, senyum je.
Lama jugak la kot x update, blog saya bukan hot. jadi, x mengapa =p

nak tanya ni, korang pernah sedih?
Beng!! amek penembak aku tu, menipu lagi cakap tak.
sedih.5 huruf kat situ. ada apa ye?
kenapa sedih? sebab dapat ujian.tak kisah la, puncanya kena marah dengan ibu, tension dengan adik, bertengkar dengan kawan,exam fail, banyak hutang, even putus dengan boy/girl fren sekalipun. bagi dai'e mungkin dakwahnya dipinggir, bagi rockers mungkin gitar dia mak buat pukul dinding sebab nak halau nyamuk. bagi guru mungkin sebab dia kena duduk kat tepat murid , pelajar dia yang mengajar. even la bagi seorang pelajar uni, cafe ditutup 24 jam untuk di renovate. bagi seorang romeo, mungkin la sebab ayat-ayat cinta nya dibalas dengan ayat-ayat lazer, oke oke. cukup di situ=p

mesti lah sedih kan? ke biasa je. walaupun cerita-cerita di atas hanya di alam fanliti (fantasi +realiti) . apa=apa condition yang kita rasa tak best, mesti kita sedih kan.takda perasaan? =p

Aku teringat akan firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
bagi siapa-siapa yang rajin bermatsurat , inshaAllah faham ayat ni. Allah baik! sangat baik. oyehhh..diri yang menulis ini sebenarnya juga tak sempurna, sering lemas dengan dunia yang menghijab, namun, mari sama-sama kita kuatkan hati.
Berpeganglah dengan taliNya, insha Allah.

p/s : alhamdulillah. berjaya juga buka entry baru. bukan tak nak buat, tapi dah banyak masuk dustbin.. *terharu di situ. May Allah bless~

Ulasan

  1. salam sejahtera,
    terima kasih berbagi info dan berpesan2.

    Have a great weekend
    Umi

    BalasPadam
  2. yup.La takhaf wala tahzan innallahamaana.

    BalasPadam

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.