Ahad, 24 Julai 2011

Hidup Ini Sementara

Salam. Hari ni aku terbuka profil dia. Ya Allah , series. RINDU. rindukan butir bicara dia, dakwah dia. senyuman dia, ketabahan dia, ketokohan dia. semua tentang dia.Terimbau segala kenangan. Multaqa Nuqaba', MIPOD..Astaghfirullah.

oke. Aku tak sepatutnya buat entry ni. Entah,

First aku kenal dia, dekat masjid. waktu tu aku baru f1 kot. aku pakai kasut. ada kakak aku sekali. Waktu tu ada sorang budak gemuk (agak la) tengah pakai kasut jugak kot dekat kerusi berhampiran. Kakak said : "tu ar Faiz," ohh.. ni yang Muhay selalu cerita tu.. 

Naik f3. peristiwa silam :
Satu kumpulan dengan dia waktu kem pengawas ke apa tah. Tugasan = diberi pulau. Sila bangunkan. oke. aku tak pandai melukis. Dia lukis macam-macam kot. Aku tak ingat aku bebel apa kat dia . Then, dia berhenti melukis, pandang aku, hulur marker. Kelu di situ.

Aku tak pernah/tak banyak kot bercakap dengan dia. Cuma banyak kenal dia berdasarkan cerita abang (Muhay). Fakta yang aku ingat : Anak ke 4 daripada 7 orang adik beradik. 2 orang adik perempuan dan sorang lelaki, aku ingat sejibik-sejibik sebab SAMA DENGAN AKU. Dia je satu-satunya kawan abang aku yang aku tahu dan ingat latar belakang dia. well, abang aku kutip banyak cerita tentang kawan-kawan dia, (same as me) tapi aku cuma insan biasa .. yang lebih mementingkan formula math untuk dihafal berbanding latar belakang mereka-mereka, (marah cikgu Yati aku rosakkan bm dia.)

Then , di frenster, aku masih ingat, dia mesej aku. Beri url blog dia. Blog Dia.. korang pun boleh nampak la dia punya semangat untuk Islam kan? Malas dah kot nak review sangat memori. oke dia baik, sangat besederhana. aku rasa sangat rendah diri bila dia ada. cukup?

Hari tu 18 hb April. Aku rasa orang yang rapat dengan dia, tak kan lupa kot tarikh ni. oke. aku bercakap waktu perhimpunan . so memang tak dengar la kan. tiba-tiba keadaan riuh, aku tanya la budak-budak ni  awat nya? oke.. pengetua umumkan. Dia Dah Pergi. Selamanya.Eksiden motosikal waktu nak pergi sekolah. Subahanallah. syahid. Korang yang baca ni, jum sedekahkan Al-Fatihah untuk dia. (sila berhenti membaca untuk sedekahkah 7 ayat tu) jangan kedekut.

Mula-mula dengar aku tak terdetik kot nak menangis. Sedih tu.. tak yah cakap la kan..Entah kekuatan mana yang berbisik cakap "innalilahiwainnailaihirojiunn,,,setiap yang ada akan tak da, dah kurang seorang pemimpin (dia presiden Badan Dakwah ) di sini " series. tak rasa nak nangis kot waktu tu. begitulah hari-hari seterusnya. walau kadang-kadang hati lemah juga lah , tipu kalau aku cakap x pernah menangis. cuma diri ini cuba untuk membuat benteng . biar rapuh. namun tetap wujud.

sekarang dah tiga bulan. Aku tak patut buat entry ni. aku harap. entry ni untuk aku. untuk melepaskan segalanya, cukup sampai di sini cerita dia. Namun iktibarnya tetap tersemat kukuh. inshaAllah. bila dia dah pergi. baru aku tahu. Dia pun minat Arsenal. Minat lagu west-life, Tahu lagu Last Breath. dan macam-macam yang tak mungin dapat diluah. biarlah dia pergi. aku bukan siapa-siapa untuk menangisi dia. sekadar seorang yang duduk sama bumbung BADIB. Yang merindui perjuangan dia, 

ya Allah. kotakan janjiMu kepadaNya. Izinkan aku menurut jejak langkah syahidnya. aku sangat perlukan kamu, =')


8 ulasan:

  1. moga rohnya ditempatkan di tempat orang yang beriman;D

    BalasPadam
  2. semoga di diletakkan dikalgn orang yg beriman..incya-Allah...setiap kejadian itu pasti ad hikmahnyer...

    BalasPadam
  3. Allah lebih menyayangi arwah. Be strong!

    BalasPadam
  4. Allah lebih menyayanginya...Orang yang beriman disayangi Allah..Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..insyAllah.. Salam takziah..

    BalasPadam
  5. "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya"

    Aku pun hari2 rindu dengan dia, tapi yang kita boleh buat cumalah berdoa untuknya.Semoga kita akan terus bersabar..

    BalasPadam
  6. bila baca entry ni rasa sedih pulak. al-fatihah. akk knl dan tau ttg sahabat2 dia. adik akk salah 1 dr mereka. semoga awak dan mereka semua diberi kekuatan even betapa sshnye utk kita hadapi kenyataan ini kan. kebetulan hari lahir arwah sama dgn wafi kan?

    BalasPadam
  7. @eyeme : yup2. yg dah berlalu, biarlah. =)

    BalasPadam

kumen2