Langkau ke kandungan utama

Marah

Monolog diri
encik google, tq!

diri 1: wahai diri, kau tak berhak marah, 
diri 2 : aku sakit hati ape kau tahu?

diri 1: diri, jangan kau marah pada yang benda sia-sia
diri 2: aku sakit hatiiiiiiii...tahap petala ke lapan dah ni, sakitt, kau takkan faham, berambus lah, menyibukk

diri 1 : Aku seperti tangan sentiasa di sisi. Rasulullah bersabda " dalam diri manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhannya, jika ia rosak, maka rosaklah keseluruhannya, dan ketahuilah bahawa daging itu ialah HATI (hadis ini diterjemah berdasar kefahaman penulis). kamu mahu hati kamu dikuasai kejahatan?
diri 2: hati aku terbakar, rasa macam kena hempap peti ais, sakit sangat. 

diri 1: kau tu siapa nak marah-marah, fikir lah, kau ada agama kan? ini ujian kecil Dia tau tak?perkara kecil sahaja kau dah mengeluh...
diri 2 : kau faham bahasa tak, aku nak lempang anak orang.(subahanallah kerasnya hati)

diri 1 : wahai diri, berfikir dahulu,, Allah itu dekat, bahkan sangat dekat. mengadulah padaNya, andai diri mu benar, Dia mengetahui, begitu juga sebaliknya.Dia yang beri peluang kau bermonolog sebelum kau bertindak, ketahuilah diri, Dia mahu menjagamu
diri 2 : ...............

diri 1: sedarlah diri. kamu hidup bukan lama, andai masa kamu marah itulah , kamu dijemput pergi, bagaimana wahai diri? adakah kamu terlalu sempurna ibadah, fizikal?sampai tahap berfikir, kamu seorang sahaja layak memarahi? wahai diri, marah itu tandanya diri kamu sombong.orang sombong adalah orang jahil!
diri 2 : ...................

diri 1 : diri, fahamilah, kalau kau marah, kau jatuhkan maruah sendiri. kau nak ke maruah kau setaraf dengan kasut kau?mahukah maruah kau cuma layak diludah? 
diri 2 : aku salah.. astagfirullah

diri 1 : rasulullah bersabda : "setiap kamu adalah bersalah, dan sebaik-baik yang bersalah adalah yang kembali" .. jangan sesekali kamu mengatur langkah di jalan salah, dan enggan kembali kepada hidayahNya.
diri 2 : astagfirullah.tapi apa aku nak buat dengan makhluk Allah tu?
diri 1: maafkan, maafkan, maafkan, sesungguhnya kamu sendiri tak lepas dari buat silap, kamu suka kalau orang marah dan tak maafkan kamu?kamu suka kalau Allah tak ampunkan kamu?
diri 2 : astaghfirullah..

diri 1 : kamu milikNya, Dia memilikimu SEPENUHNYA, jagalah pemberianNya, jangan kau sia-siakan. Allah menyayangi orang yang bertaubat. 
diri 2 : Ya Allah, terima kasih, aku bersyukur kerana menjadi milikMu

Ulasan

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.