Bismillahirrahmanirrahim.
Hari itu Sarieyah dan teman-teman ada program,
Mereka perlu bermalam untuk sehari.
Mereka pilih bentang futon (baca : tilam)
dan tidur ramai-ramai di ruang luas
Lebih luas kasih sayang katanya.
"Hey esok kejut tau siapa bangun awal,
Aku ni kalau tidur dah pukul 12 ni, jawabnya kelaut subuh"
Jerit Sarieyah untuk perhatian semua
"Set la jam!" Sahut Umairah.
"Okay..so nak set pukul berapa?
walaupun aku tak bangun, korang gerakkan la eh"
"Set pukul 3! Siapa bangun kejut aku!"
Jerit suara hujung daripada Wardah.
"Eh kenapa pukul 3 ? Dia nak tahajud?"
Sarieyah tidur dalam pertanyaan malam itu.
Sebelum ini dia tak pernah tidur satu program bersama Wardah.
Esoknya pukul 3 pagi tiba.
Sarieyah terjaga dengan bunyi alarm
Matanya dipejam rapat-rapat melihat jam henfon
Masih pukul 3.
Tiba-tiba dari jauh dia lihat seorang rakan
Yang tidur di bahagian tengan bangun
Pergi kepada Wardah dan mengejutkannya
Sarieyah terganggu dengan suara sahabat yang tengah
Mengejutkan Wardah yang masih tidak bangun
Tu Syakirah tu yang kejutkan Wardah
Budak nakal-nakal
Kaler rambut, main gitar tapi comel
Melihat Wardah masih tak bangun,
Syakirah tampar Wardah kuat-kuat
"Wardahhh bangunnn. Bangun wardahhh!"
Ouchh sakit kottt , Sarieyah yang terasa sakitnya
Mendengar bunyi tamparan bukan sekali.
Ganasnya Syakirah kejut!
Sarieyah kembali mahu lena.
Tetapi kelihatan Wardah berdiri
Melalui tempat pembaringan Sarieyah
Dan menuju bilik air membersihkan dirinya
Syakirah yang dah 'selesaikan tugas'
Kembali sambung tidurnya
Sarieyah jadi kelu.Eh dia betul-betul bangun?
Bukan semua orang mampu bangun tahajud
Lagi-lagi kalau tidur ramai-ramai
Terus jadi senyap Sarieyah di pembaringan
Wardah mesti setiap hari tahajud.
Mesti selalu bercerita dengan Tuhan
Merindui kisah-kisah datingnya dengan Tuhan
Wardah nampak biasa-biasa je kot
Takda lah tudung labuh, wara' sangat
Tapi baru Sarieyah terfikir,
Patutpun Wardah selalu macam tu.
Tenang je, rilek, kuat dan sado hati
Ini rahsianya. Dia betul-betul jaga hubungan dengan Tuhan.
Perlahan Sarieyah bangun
Bila wardah selesai membersihkan diri
Dan ready untuk munajatnya hari itu.
Sarieyah tahu dia bukan selalu bangun malam
Kecuali kalau nak study exam
Atau tiba-tiba rajin
Susah, liat sangat nak jadikan habit.
Tapi melihat Wardah yang luar biasa pagi itu,
Sarieyah bangun membersihkan diri
Kerana cemburu dan kagum dengan
Keintiman Wardah dan Tuhannya
Hari itu Sarieyah juga bangun
Kerana mahu Wardah mendapat pahala berganda
Seperti Syakirah buat.
Walaupun dia masuk jemaah kedua untuk subuh pagi itu,
Pahala besar baginya mengejutkan dan menghantar
Seorang hamba untuk bersimpuh di hadapan kekasihnya
Banyak Sarieyah belajar pagi itu.
Sampai bila-bila pun dia takkan lupa.
Berfirman Allah di hadapan malaikat: "Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku" ~ Hadith Qudsi

apa maksud komen tulisan jepun tu?
BalasPadamerk komen yang mana satu ye
Padam