Langkau ke kandungan utama

Kisah IBT 2.0

Bismillah,  hari ni aku free sikit.

Walaupun minggu depan aku EJU. EJU stand for Enterance Japan University,  yang mana,  exam ni sangat penting untuk tentukan ko bole fly ke tak.

Kalau ko rasa life ko selama ni cuma dicurahcurah kasih sayang mak ayah , dan ko tak biasa dengan curahan mende lain,  aku rasa ibt bukan tempat ko teruskan hidup. Pasal kat ibt ni hari hari ada exam. Takut kan. Hidup yang harihari dicurahcurah exam tanpa henti ni memang kerap lah sakitnya. Setiap exam hari-hari tu ada repeat kalau tak lepas,markah lepas dia tak bole salah lebih tiga,  kena skor 90 dan 80 persen sahaja ye sedarasedara,   dan semua markah tu jadi carry mark. Subahanallah ya Allah,  betapa penatnya bila harihari ko kena tahan nafsu nak tidur,  nak main,  nak insta,  nak stalk orang,  sematamata sebab exam yang berderetderet ko kena jaga ranking.

Tapi aku bukan golongan yang menahan nafsu tu la. Sebab nafsu aku boleh ditahan dengan puasa je. Oke poyo. Ecely aku bukan golongan yang boleh struggle nak mati,  sanggup tahan mengantuk untuk ulangkaji,  untuk buat kerja sekolah,  untuk exam prep semua. Aku rasa mungkin sebab dulu aku tak duduk asrama. Budak luar ni disiplin masa takder biasanya. Sukahati dia je nak makan nak main kucing, nak tanam sayur farmville, nak pergi library awam,  nak date semuasemua takde orang yang handle masa dan tak kena rotan kalau tak punctual. Apa aku merepek sampai dating ni. Oke point dia,  sebab aku dari mudamuda takde disiplin masa dan disiplin diri yang sempurna,  maka  effect dia sangat besar bila aku mulakan hidup yang perlukan benda alah tu dengan keperluan yang sangat demand macam ibt ni.

Masuk ibt,  jumpa cikgucikgu jepun yang expert aku punya otak macam karl mark atau mahathir yang berfikiran gempakgempak serba tahu. Sedangkan aku ni hamba Allah yang lemah tiada daya,  kucing banyak kutu kat rumah aku pun kadangkadang tamau tidur dengan aku. Punya la rendahnya pangkat aku kat dunia ni,  tibatiba sensei (aku pakai sensei je tau, ikut korang nak baca muallim ke teacher ke, ibunda ke puiii)  oke sambung,  tibatiba sensei kata aku mesti mengurus masa dengan bijak untuk pastikan ranking aku best dan meningkat.

Orang melayu dengan orang jepun ni,  pemikiran dia kan lain. Kalau tak takdenya istilah janji melayu,  takdenya istilah dasar pndang ke timur yang diuaruar mahathir sesengitnya. Jadi, aku yang anak jati temerloh titik tengah semenanjung,  yang terkenal dengan darah datuk bahaman sentiasa hangat mengalir ni,  sangat la susah untuk membuang sikap kemelayuan dalam diri. Okelah aku sebenarnya tak patut salah kan keturunan orang melayu,  sory sory,  korang baca semula,  skip je yang stat anak jati,  pastu smbung kat sini : (haha bapak entah apapa)

Aku ni keras kepala. Semua aku yang betul. Jadi,  bila bertembungnya masalah macam aku tak buat kerja sekolah,  aku tak study sebelum exam,  aku tidur dalam kelas,  kadang kadang aku tak salahkan diri aku pun. Eh asal aku yang salah,  siapa suh hang bagi kerja sekolah banyak cenggini,  eh sapa suh membebel,  aku takde niat nak tidor pun,  aku tak study sebab aku penat belajar,  aku nak rehat juga,  sapa suh buat exam hari hari dan lainlain pemikiran jahat dan dashad yang aku ada. Semua sensei la salah. Eh ingat aku boleh senangsenang follow ke budaya korang,  korang kat malaysia buat cara malaysialah. Haaa,  mesti ternganga lah kakak usrah aku kalau dia tau aku rebel cenggini.

Resultnya, kebanyakan exam aku repeat. Dan ranking pun ke empat last dalam kelas. Alhamdulillah Allah sayang , tamau aku sedih kalau dapat num last. Sebab tak pernah belajar dengan cara betul,  tak pernah nak dengar sensei cakap apa,  memang ntah apapa lah aku waktu shokyuu. Shokyuu ni nama binatang. Macam level basic bahasa jepun la, pala hotak hang jenis binatang. Asyikasyik aku je yang jadi muka setia ambil repeat,  aku je yang menangis nak balik temerloh sebab kena datang kelas tahanan,  aku la muka tergagapgagap nak jawab soklan sensei dalam kelas,  dan pelbagai lagi tabiat negatif zaman jahiliyah.

Tapi semuanya berubah bila aku masuk chuukyuu. Chuukyuu ni bukan nama sayur jepun,  jauh sekali merupakan nama watak jahat dalam naruto,  tapi chuukyuu ni lever ke 2, lepas ko katam dan berbunga telur habis level shokyuu tadi.

Cerita chuukyuu pun best.Kalau rajin aku sambung lagi inshaAllah.

Bai. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan