Bismilahhirrahmanirrahim..Moga Allah redha penulisanku ini. Moga aku ikhlas untukk berjuang dan berdakwah melalui jalan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW. Ini cerita saya. Daripada kecil saya dididik dengan tudung besar ini. Mula-mula saya rasa agak terkongkong. Saya juga ingin memakai seperti yang kawan-kawan lain pakai. Saya pernah memakai tudung 45, ayah saya tegur. Saya segan nak pakai tudung tu lagi, jadi saya hanya ada tudung besar ni. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5, saya tetap begini. Pada hakikatnya saya boleh sahaja menukar dengan tudung yang lebih berfesyen dan ikut trend, tetapi saya tak tahu kenapa ada sesuatu yang menghalang saya membuat begitu. MALU. ya, saya malu pakai tudung selalin tudung labuh. Lagi satu, kalau saya pakai bukan tudung labuh, SAYA RASA TAK SELAMAT. Rasa tak dilindungi.Rasa mata-mata itu liar memerhati. Jadi, saya memlilih tudung besar ini. Saya selesa, saya selamat, saya behagia. Dan t...