Khamis, 6 Oktober 2011

Aku Tak Sehebat Itu














Bismillah,
tika mana jari ini menari. hati ini tak menentu

dengarkan ini
jika kau menyisihku kerana aku tak memahami mu
dan masih ada insan lain yang lebih hebat dalam itu,
maka aku mohon maaf
namun ketahuilah
aku tak sehebat mana untuk memahamimu
walau aku cuba sedaya upaya
kerana inilah aku

jika kau menyisihku kerana aku tak menjaga hatimu
aku mohon maaf
aku cuba sedaya mampu tidak melukaimu
namun inilah aku

jika kau menyisihku kerana aku tak setaraf denganmu
aku mohon maaf
namun aku rela.
kerana itu bukan hakku untuk mencuba lagi.
inilah tarafku

jika kau menyisihku kerana apa sahaja
aku mohon maaf
aku tak pernah hebat dalam itu
kerana itulah aku

ku mohon darimu cuma satu
percayai aku
kan kucuba yang terbaik untukmu



2 ulasan:

  1. kita sebagai manusia hanya mampu mencuba :)
    follow this blog~

    BalasPadam

kumen2