Hari yang berlalu serasa laju benar berlarinya Tiba-tiba sahaja kita menjadi insan yang sedekat ini hatinya Biar jasad kita berpisah jauh merentas lautan Tapi entah mengapa saya rasa kita boleh melakukan ini bersama Kerana awak yang di sana Payah benar menghilangkannya dari ingatan Semua matahari pagi saya terlukis awak Semua senja merah saya dironai awak Maka demikian hari-hari yang kita lewati Menjadi penantian yang penuh debaran Kerana kita ini mungkin ditakdir Tuhan Tidak akan berpisahnya sampai syurga Maka mengenal awak satu pilihan dan anugerah paling besar Menyakiti awak menjadi larangan keras Senyuman awak itu memancarkan seluruh cahaya semesta saya Semua puisi-puisi awak segar terus dalam rima memori saya Kerana hidupnya bugar buat saya menatapnya hampir setiap hari Sebagai penyembuh kerinduan Yang hadirnya diam-diam tapi dasyat nian Saya termangunya tanpa izin beberapa kejap Pil...