Ahad, 12 Februari 2017

2017

2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Di saat Mukminah Aqilah menulis ini, beliau berada di Hawaii University Manoa Campus di Honolulu, US.

Mukminah Aqilah ketika ini menghadapi masalah henfonnya rosak. Dia expect henfonnya boleh berbudi lama kepadanya, rupanya tega curang hilang function peneman setia.

Jadi seketul Mukminah Aqilah ini kembali kepada laptopnya yang sudah lama dicurangi.
Cuma guna untuk buat report. Dan kadang-kadang facebook.

2017. Tahun ini dia sudah menjangkau 22 tahun.

Aqilah yang comot tudung senget, sengih gigi arnab besar dua batang, kena gunting tudung dengan anak gpk tanpa sebab, baju oren dengan supering, terjun kolam dengan huda balik sekolah sampai mata merah-merah, berdiri kat depan kelas kafa ustazah denda datang lambat sebab tengok sinetron petang-petang, ambil temuduga Mahad Tahfiz Tanjung Lumpur 2007 tapi tak lepas sebab lembab dan kuat berangan waktu hafal quran, kaki retak sehari sebelum trial UPSR sebab latihan taekwondo, muka separuh rentung kena minyak panas waktu masak ikan, makan nasi-kampar sambil tunggu ayah ambil kemudian tidur kat meja kedai tu, merempit hari-hari lumba motor pagi-pagi dengan guru kelas otw pergi sekolah, yang bersahabat baik dengan fatini nadzurah dan wardatul adni di Kulliah Al Lughah Waddin , Pekan, dan yang pernah memasang impian nak belajar kat Australia sebab crush  kat Mat Lutfi dan Anwar Hadi suatu ketika dahulu .

Aqilah yang sekarang tiba-tiba dah dapat result SPM cemerlang rezeki Allah bagi, sampai Jepun 2 tahun belajar ekonomi, dah pakai shawl, dah ada lesen kereta Malaysia dan Jepun, dah besaq berat area-area 60kg, dah sampai Korea dan US, dan buat part time kerja petang sampai pagi esoknya, dah pandai susun ayat bunga-bunga dan dah jadi pemalas menulis pun, dah banyak kenal anak usrah dan orang orang begitu dan begini, dan ada watak sendiri yang kelakar tapi hambar, yang baik tapi mengarut, dah makin biasa jauh dengan family dan selalu macam dilupai :'(, dah pandai stalk penulis kegemaran diary introvert, dah makin biasa dengan berita member kahwin beranak pinak, dah mengikat janjinya untuk bersama jemaah yang memperjuangkan Islam hidup matinya untuk Islam, dan akhir sekali dah takde masalah nak broken kan japanese dan english ;d

Walaupun Aqilah ini masih gagap dalam pengucapan awam, masih tak hafal juzuk 30 surah Assaf Al Munafiqun dan Al Jumaah,  crush ramai dah kena rembat dan kahwin, masih tak makeup-makeup walopun insecure ramai senior junior dan member-member cantik-cantik, banyak typo waktu type mesej tapi jishin manman, masih berhutang banyak dan tak stabil lagi kewangan, masih berusaha jadi makin baik hari ke hari, masih dan masih

Dan Aqilah dah menginjak 22 tahun.

Banyak perkara dah tercapai, banyak jugak  masih sedang berusaha dan banyak juga tak mampu pun dicapai.

Seorang Aqilah masih sedang cuba mencintai dirinya sebelum mampu mencintai kamu :p Aqilah ini jiwanya besar, tapi hatinya selalu tidak stabil. Aqilah ini masih banyak perlu belajar dan teroka, perlu baiki dan usaha.

Jadi akhirnya, untuk Aqilah yang sudah 22, tahun ini kamu akan punya banyak amanah dan visi.
Maka jangan putus asa dengan rahmat Allah selagi kamu itu bersnyawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kumen2