Rabu, 30 April 2014

Ada

Menerima itu bisa buat kita tenang sebenarnya.
Cukup. Terima sahaja.
Mungkin kita rasa kita mahu yang begini yang begitu dan begini. Kita rasa alangkah indah jika begitu dan begini.
Sudahlah. Angan itu boleh, tapi mohon jangan lebih.
Hidup penuh warna. Cantik ada. Buruk pun ada. Berkilat bercahaya berceloreng, menajam,  menikam,  menghangatkan.
Maka lalui sahaja. Jangan gopoh. Kita ada kouta.
Cahaya tu ajar kita tentang betapa murungnya hitam putih.
Hitam putih pula ajar kita betapa sunyi kegelapan.
Kegelapan ajar kita kerdilnya kita sebenarnya kalau tak memahami kegembiraan.
Kegembiraan ada tersepit pada menerima. Tak pernah kekalahan membawa maksud duka. Ada hikmah punya. Ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kumen2