Langkau ke kandungan utama

Mari Melabel SeMalaysia


Bismillahirrahmanirrahim. Tuhan, berkati usaha sugho ini.
Hari ini rajin membuka new post walaupun dalam kepala habuk pun takdak

Hlovate. Yea. Baru habis khatam Anthem.
Memang gila hard and tahap-nak-mati kot nak buat perubahan macam Dash tu. Okey korang yang tak baca lagi tu, maaf sangat. My Blog, My Voice. Ini kalilah. Pui tetiba.

Then, memang aku rasa sebenarnya something yang aku perlu korek dalam cakaran aku kali ini. Kenapa saya, awak, kamu, kita, mereka, dia, atau beliau senang untuk mengejugde something easyly. oke, macamana nak amik muet ni. Habis kau goreng dan rojakkan.

Kita selalu defend diri kita , 'eh bukan semua orang kot suka melabel' yey, saya tahu. tapi tapi tapi, Awak setuju tak kalau saya cakap [itu dah jadi budaya kita] Amalan melabel, menjenama, mengeluarkan fatwa, menge cop, menge ban, menjuih bibir, mengutuk, meng compare ni memang dah lali kot. Seperti umum tahu, dalam sesetengah hal, amalan amalan ini boleh dipraktiskan dengan jayanya apabila keadaannya sesuai dan elok serta aman daripada menyakitkan jiwa,hati dan limpa manusia sekitar.

Saya tidaklah pandai mengupas isu ini dengan ilmiah, tetapi saya ingin menguatkankan pahala dan hujah ini 49 : 11 dan 12

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat (49) ayat 11)


Ingin aku boldkan kat sini. 
Bolehkah kita bisa berusaha mengelakkan ini semua? Dengan kekuatan sinergi yang dipasak, dengan kekentalan untuk istiqamah, dengan hati yang lapang untuk selalu menyayangi, aku yakin aku kita semua boleh menjulang panji orang Islam dan melayu tu bukan perangainya asyik melabel.

Macam Hlovate cakap , (eh better korang baca ar buku tu, RM24, banyak ar sebenarnya dia kick kat orang macam aku ni)

Ramai yang suka melabel, tapi berapa ramai je yang menghulur tangan. 
Guys, ini mafhum je daripada the amazing writter 's  talk. Boleh kot lepas ni, kita azam.


Nampak je orang tu tak pakai tudung "ya Allah, trimas bagi aku hidayah. ya Allah, aku nak sangat tolong dia, ya Allah bagi lah hidayah kat dia seperti mana kau bagi hidayah kat aku, kekalkan hidayahku ini ya Allah"

Nampak je orang tu couple pegang-pegang "ya Allah jauhkan aku daripada perkara ini, ya Allah aku nak sangat tolong mereka, ya Allah sesungguhnya hidayah itu di tanganMu, dan aku bukan siapa siapa untuk melabel mereka ini kotor"

And so on. Ya saya tahu itu tak mudah.Terutama orang macam aku ni, kat mulut tak lepas, tapi hati ini, astaghfirullah kencangnya mengalahkan MLM. tiba. Aku percaya, bukan semua kita mampu menegur dengan tangan dan lidah, altenatif "ya Allah" di atas tu untuk yang tidak berkemampuan. tidak berkemampuan juga untuk menjaga hati. jyeah.  Harap awak semua faham.


Bagi yang berkemampuan dan berkuasa, ia merupakan satu ijazah muda yang sangat precious sebenarnya. Tapi tapi tapi, aku merayu untuk diriku dan kalian, silalah menjaga adab dan mengikut cara Rasulullah menegur dan memberi nasihat. Tak semuakan orang boleh terima cara kita. Malulah dengan Rasulullah, Semaksum baginda pun baginda istighfar berapa kali sehari? Siapa kita untuk gah selalu merasa apa yang kita buat selalu dan selamanya benar?

Berusahalah sentiasa untuk mengelakkan amalan tidak murni tersebut. Elakkan. Elakkan kawan. Kita ini sempurna mana sahaja? Ya mungkin kita rasa kita okey sedikit daripada meraka, tapi kawan, itu daripada siapa? Adakah selamanya ? Kawan, untuk apa kita saling terpecah kerana perbedaan? Sedangkan persamaan kita sudah cukup layak dijadikan alasan untuk kita saling berkasih sayang. Fitrah. Fitrah kita sama, geng. Sudah sudahlah.

Nista itu cukup menyakitkan kalau dipanah kepada kita.
Apakah kita bahagia menjadi yag memanahnya?
Kita punya hak memegang prinsip kita.
Apakah hak mereka yang lain boleh ditolak tepi? Boleh dipandang rendah sahaja?
Kawan, kita bukan hidup kat di sini berseorangan
Kita tidak bahagia sebenarnya jika asyik menjauhi
Mana kita tahu darjat kemuliaan Dia?
Hebat mana pun kita, itu sementara.
Gapailah. Fahamlah. Mereka juga punya erti sendiri.
Punya keanggunan dari pelbagai sudut lain
Cerahkanlah bukan celakakan
Bantulah bukan bantutkan
Berhemahlah bukan berhabis tengking boleh?
Mereka macam kita
Ada hati juga. Ada emosi dan maruah juga
Bukalah peluang mereka bernafas dalam denyut keselesaan
Mungkin sinar keinsafan tiba lambat sedikit
Tak rugi kita istiqamah. Tak rugi teman :D

Ulasan

  1. sweet je video mrtheallshared tuh. wlawpon da pnah tgok dulu, tp bila tgk blik skang ni, masih terasa di hati.
    nice entry!!~

    BalasPadam

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan