Langkau ke kandungan utama

Bulatan Gembira

Assalamualaikum
Dalam kesamaran cahaya , aku cuba buka mata juga. (harap maklum untuk kesilapan dan kekecualian kekeliruan dalam post ini)

Alhamdulillah, cuti kali ini dapat dimanfaatkan sedikit sebanyak. Jadi fesi. Biasalah. Erm. Oke, anda yang sedang menatap dengan kagum, jangan tertipu dengan kata-kata budak mengigau. Arakian muka gua memanglah sangat tak layak kan. 
muka saya lebih kurang camni ye.
Muka aku memang stok sangat-sangat-diragui-lagilah-suukar-dipercayai. Namun, kunfayakun telah menetapkan aku tinggal di rumah nombor tujuh bersama member-member fesi yang lain. Dan di rumah itulah terhasilnya cerita post aku kali ini.

Ya! bulatan gembira. Adakah anda tertanya-tanya apakah itu? Oh, Tak perlu menjawab. Kerana jawapan anda yang enggan tahu itu bisa menghiris-hiris belati  jiwaku, mengoyak-ngoyak tenaga tangan aku untuk menari di keybod. #sengihcomel


Bulatan gembira ini aku kidnap secara rasmi daripada qoute kawan aku. Kawan aku pun ragut secara lemah lembut daripada satu blog hot. (Belog angel pakai gucci kalau kamu tahu)Justeru itu, izinkan hamba membold dan mengitalickan frasa tersebut. Bulatan gembira membawa maksud : 

Sekumpulan orang yang berkumpul dan saling memesan untuk mengingati Allah dengan cara bahagia dan aman sentosa (ini frasa emas aku) kalau frasa korang = USRAH. tahu?
Dekat rumah aku (oh secara tak rasmi dah jadi rumah aku )tu, lepas maghrib kami buat sesi bulatan gembira. Setiap orang akan dapat turn kasi tazkirah. Memang mantap lah kan sebab kalau kat tempat lain memang tak selalu buat. *atau memang tak buat. #takdengar

Aku bahagia kot bila sama-sama landing secukup rasa dengar member-member lain share apa-apa sahaja yang mereka ada. Sambil-sambil kami membedal apa-apa stok dapur yang ada, kami bergelak ketawa bila perlu, berdiam diri bila perlu, bermuhasabah dan merenung dalam-dalam diri yang kurang upaya selepas membuka telinga seluas 14.4inci mendengar peringatan tujuan hidup dan kemanisan iman.

Aku bahagia je kot, bila ditegur dan menegur. Aku rasa yang aku disayangi. Aku rasa yang aku tenang untuk menyayangi. Aku rasa aku dihargai. Aku rasa tu. Kalau kita hidup sorang-sorang agak-agak kita boleh bahagia tak? Kalau kita sentiasa rasa kita betul, kita gembira tak? Kita tetap perlu orang support kita, betulkan kita, bimbing kita kan? Jadi mari sama-sama kita hadirkan diri, hati, nafsu, jiwa limpa usus kecil dan spinal cord ke bulatan istimewa ini. Bulatan gembira. Bulatan bahagia. Bulatan mencari redha Dia.

kalau aku buat ayat jiwang korang takdapat hidup tenang bila baca. jadi aku cilok lah gambar ni. takpekan. isi hati sama :p
Bukankah Tuhan sendiri yang menegur kita : "Maka berilah peringatan, Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang beriman". Ada izin laluan? takda? terimakasih.

Yang Maha Baik itu terus lagi buat on-air dengan kita bila Dia sudi cakap : "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali yang beriman dan beramal soleh. berpesan-pesan kepada kebenaran. berpesan-berpesan kepada kesabaran". Bulatan gembira itu...


p/s : relation aku dengan member-member , aku rasa mantap doe bila ada bulatan comel ni. sebelum menekan publish post, aku mintak maaf atas segala kekurangan. jangan lupa tegur apa yang aku salah kbaii. May Allah bless!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan