Bismillahirrahmanirrahim. Surat ini saya lakar selang beberapa hari lagi sebelum kita disatukan. Saya tulis ini bagi menggambarkan keterujaan saya pada penantian kita bersama. Tidaklah saya berharap lebih melainkan awak di sana membacanya dengan pengertian dan bahagia. Dan tidaklah saya mahu yang lebih melainkan senyuman dan kegembiraan awak menerimanya. Wahai bakal suami, Betapa saya ini bersyukur Tuhan sahaja yang tahu saya dipertemukan dengan awak. Perkenalan kita tidak lah lama, tetapi sangat cukup sebenarnya. Cukup untuk saya selalu berdebar bila menatap awak, untuk saya selalu tenang bila memikirkan awak, bahkan cukup untuk saya bahagia bila tahu yang awak sedang merindui dan menyayangi. Wahai bakal suami, Mengenali awak wahai bakal suami, buat saya kagum dengan besar sekali. Betapa awak itu kuatnya mengalahkan hero-hero dalam cerita. Awak berjuang selama ini seorang diri walau sesambilnya penuh dengan sepi dan sedih yang mengelilingi. Tangis awak, keluh awak disimpan ...