Bismillahirrahmanirrohim. Ya Allah, jadikanlah penulisan ku ini satu ibadah kepadaMu. Golongkan aku bersama orang-orang yang ikhlas. Selawat dan salam ke atas nabi yang baik hati lagilah mulia dan aku mengaku, aku salah seorang pemiutang nya, selawat dan salam ke atas baginda, Nabi Muhammad S.A.W keluarganya sahabat sahabat tabi' tabi'in dan sekaliannya. Kali ini aku mahu berkongsi rasa, Sedang aku tersenyum dalam menahan air mata. Kamu mahu tahu? Sakit itu sangatlah osem. Sakit itu begitu baiik untuk kita :) Sakit membuat kita merintih dalam hati, menjerit sekuat-kuatnya melalui corong hati, mengadu kepada Dia , kita sedang melalui keperitan. Sakit itu mendidik kita kenal Tuhan. Menyulam benih-benih rahmat Allah kepada kita. Allah yang Maha Mengetahui itu sangat Maha Mengasihani. Allah tu sayang sangat kat kita. Tak kan dia tak kasihan kat kita. Sedang kamu merindih pedih itu, ingatlah bahawa rasa sakit inilah yang menebus dosa-dosa mu selama ini yang terlalu banyak. Dia Ma...