Apabila saya memikirkan kerisauan-kerisauan Seperti kacaunya jiwa sang perindu Seperti sedihnya Zainuddin walaupun kemudiannya mendendami Seperti menyentak kisah yang tak bisa lagi diubah Kisah semalam yang wujud tempatnya sendiri Maka saya terus hilang diri sendiri Kelam dan kesal. Ribut dan serabut. Hiris dan tangis. 'Dimanja' dengan ujian begini kadang-kadang buat saya mempersoal Dalam lemah dan sunyinya saya yang begini Menuntut dan memperalat 'saya manusia biasa sahaja' Namun menyedari satu : kerana saya cuma manusia biasalah Saya bermimpi indah Tuhan tidak letih dengan saya Tidak putus asa memberi seribu ribu belas dan rindu Untuk saya kembali tenang dan dekat Setenangnya saya Apabila saya melepaskan bulat-bulat Apa yang telah dan akan kepada yang berhak Yang Maha Mencatur, Maha Mengasihani dan Baik Menyayangi diri sendiri Menyayangi masa depan Sebenarnya jauh lagi munasabah Ya Baari', Engkaulah pereka p...