Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu. Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard. Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia. Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan ta...