Bismillahirrahmanirrahim Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 67 : 14 Banjir Disember 2014 menyaksikan betapa manusia ini tiada upayanya di hadapan Dia. Lambang kekuasaan Allah itu tiada melihat pada bila dan di mana, tapi menuntut kita bermuhasabah mengapa Allah menurunkan ujian dan betapa tiada bilangan hikmah yang terselit atas semua ini. Banjir kali ini dashat,bukan biasabiasa. Pahang antara negeri yang dipilih Allah untuk diuji. Tidaklah seteruk Kelantan, namun ada juga kawasan-kawasan yang menjadi padang jarak padang terkukur. Temerloh tempatku, bandarnya menjadi pulau. Tak pernah terbayang dek akal orang orang. Namun bilamana Allah kata Kun tiada kudrat melawan, semua makhlukNya cuma mampu tunduk. Rumah aku turut dinaiki air. Tidak lah teruk cuma paras dada ayah. Tidaklah teruk berbanding orang yang rumah cuma tinggal bumbung. rumah musnah sama...