Bismillah.
Flight ke Serawak pada pukul 11.40 pagi nanti.
Rahman menoleh jamnya.
Ah baru pukul 10.40pagi. Masih ada satu jam.
Menunggu memang menyeksakan kan.
Duduk menunggu di balai perlepasan membuatnya sangat bosan.
Kalau ada kawan boleh jugak buat borak. Huh
Matanya tak boleh pejam lagi,
untuk berlakon tidur pun tidak mampu lagi.
Dia menggagahkan matanya untuk mentadabur sekeliling.
Apabila kepalanya di angkat ke hadapan,
matanya cepat tertacap kepada
wanita bergaun putih, berambut hitam paras bawah sedikit bahu ,
kulit sawo matang .
Comel.
Duduk di sebelah nya lelaki
berbadan tegap berambut mohawk, bersweater.
Muka macam foreigner , daripada Vietnam ataupun Philipine,
ataupun sebenarnya orang serawak.
Teka hati Rahman.
Mulanya Rahman merasakan pasangan biasa sahaja ,
namun perhatiannya berganda
apabila pasangan itu tidak bercakap
seperti orang lain.
Mereka menggunakan bahasa isyarat tangan.
Bahasa yang mereka sahaja faham .
Mengguna pengantara penting
sampaikan mksud hati.
Syukur bagi mu ya Allah , kerana masih sudi menyempurnakan hamba
Masih mampu bercakap fasih tak gagap
Masih juga lengkap dgn semuanya tiada kurang semuanya.
Lelaki mohawk nampak rajin berjenaka
Dan kerana perempuan bergaun sahaja yang paham,
Mereka ketawa bersama dengan harmoni sekali.
Benar bukan bahasa sahaja yang boleh menyatu hatihati.
Tetiba lelaki mohawk bangun.
Sweaternya ditanggal,
kemas dipakai ke bahu kesayangannya
perempuan bergaun
Kali ini rahman jadi cemburu.
Bukan kerana merasa dia yang normal masih berstatus single,
Tetapi
Merasa betapa kasih syg Tuhan
tidak terhad utk golongan sempurna.
Betapa mereka kurang satu perkara,
tetapi dilebih banyak perkara berbanding diri ini.
Melihat perempuan bergaun selesa dgn kehangatan sweater ,
bersandar tenang di bahu lelaki mohawk
terlakar di wajahnya dia selamat di situ.
Dia bahagia,
Buat Rahman bermuhasabah tidak sedikit
hari itu
Betapa mereka bisa gembira
memenuhi kesempurnaan
Sedangkan kita yang kononnya sempurna ini
Penuh alasan mnjadi tidak gembira
Tiadalah yang lain perlu disayangi
Nikmat Allah yang sempurna
Betapa aku boleh normal
Namun sering memberi pahit kepada yang lain
Sungguh bukan perkataan sayang yang perlu dinanti
Segalanya cukup sebenarnya
Kalau tahu harganya .
Maka nikmat Tuhanmu yang mnakah yang engkau dustakan .
Mukminahaqilah
Pejabatpasrajalaut
1143am
Tazkirahkah
:) menarik
BalasPadam