Bismillahirrahmanirrahim. Tuhan, berkati usaha sugho ini.
Hari ini rajin membuka new post walaupun dalam kepala habuk pun takdak
Hlovate. Yea. Baru habis khatam Anthem.
Memang gila hard and tahap-nak-mati kot nak buat perubahan macam Dash tu. Okey korang yang tak baca lagi tu, maaf sangat. My Blog, My Voice. Ini kalilah. Pui tetiba.
Then, memang aku rasa sebenarnya something yang aku perlu korek dalam cakaran aku kali ini. Kenapa saya, awak, kamu, kita, mereka, dia, atau beliau senang untuk mengejugde something easyly. oke, macamana nak amik muet ni. Habis kau goreng dan rojakkan.
Kita selalu defend diri kita , 'eh bukan semua orang kot suka melabel' yey, saya tahu. tapi tapi tapi, Awak setuju tak kalau saya cakap [itu dah jadi budaya kita] Amalan melabel, menjenama, mengeluarkan fatwa, menge cop, menge ban, menjuih bibir, mengutuk, meng compare ni memang dah lali kot. Seperti umum tahu, dalam sesetengah hal, amalan amalan ini boleh dipraktiskan dengan jayanya apabila keadaannya sesuai dan elok serta aman daripada menyakitkan jiwa,hati dan limpa manusia sekitar.
Saya tidaklah pandai mengupas isu ini dengan ilmiah, tetapi saya ingin menguatkankan pahala dan hujah ini 49 : 11 dan 12
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat (49) ayat 11)
Ingin aku boldkan kat sini.
Bolehkah kita bisa berusaha mengelakkan ini semua? Dengan kekuatan sinergi yang dipasak, dengan kekentalan untuk istiqamah, dengan hati yang lapang untuk selalu menyayangi, aku yakin aku kita semua boleh menjulang panji orang Islam dan melayu tu bukan perangainya asyik melabel.
Macam Hlovate cakap , (eh better korang baca ar buku tu, RM24, banyak ar sebenarnya dia kick kat orang macam aku ni)
Ramai yang suka melabel, tapi berapa ramai je yang menghulur tangan.Guys, ini mafhum je daripada the amazing writter 's talk. Boleh kot lepas ni, kita azam.
Nampak je orang tu tak pakai tudung "ya Allah, trimas bagi aku hidayah. ya Allah, aku nak sangat tolong dia, ya Allah bagi lah hidayah kat dia seperti mana kau bagi hidayah kat aku, kekalkan hidayahku ini ya Allah"
Nampak je orang tu couple pegang-pegang "ya Allah jauhkan aku daripada perkara ini, ya Allah aku nak sangat tolong mereka, ya Allah sesungguhnya hidayah itu di tanganMu, dan aku bukan siapa siapa untuk melabel mereka ini kotor"
And so on. Ya saya tahu itu tak mudah.Terutama orang macam aku ni, kat mulut tak lepas, tapi hati ini, astaghfirullah kencangnya mengalahkan MLM.
Bagi yang berkemampuan dan berkuasa, ia merupakan satu ijazah
Berusahalah sentiasa untuk mengelakkan amalan tidak murni tersebut. Elakkan. Elakkan kawan. Kita ini sempurna mana sahaja? Ya mungkin kita rasa kita okey sedikit daripada meraka, tapi kawan, itu daripada siapa? Adakah selamanya ? Kawan, untuk apa kita saling terpecah kerana perbedaan? Sedangkan persamaan kita sudah cukup layak dijadikan alasan untuk kita saling berkasih sayang. Fitrah. Fitrah kita sama, geng. Sudah sudahlah.
Nista itu cukup menyakitkan kalau dipanah kepada kita.
Apakah kita bahagia menjadi yag memanahnya?
Kita punya hak memegang prinsip kita.
Apakah hak mereka yang lain boleh ditolak tepi? Boleh dipandang rendah sahaja?
Kawan, kita bukan hidup kat di sini berseorangan
Kita tidak bahagia sebenarnya jika asyik menjauhi
Mana kita tahu darjat kemuliaan Dia?
Hebat mana pun kita, itu sementara.
Gapailah. Fahamlah. Mereka juga punya erti sendiri.
Punya keanggunan dari pelbagai sudut lain
Cerahkanlah bukan celakakan
Bantulah bukan bantutkan
Berhemahlah bukan berhabis tengking
Mereka macam kita
Ada hati juga. Ada emosi dan maruah juga
Bukalah peluang mereka bernafas dalam denyut keselesaan
Mungkin sinar keinsafan tiba lambat sedikit
Tak rugi kita istiqamah. Tak rugi teman :D
sweet je video mrtheallshared tuh. wlawpon da pnah tgok dulu, tp bila tgk blik skang ni, masih terasa di hati.
BalasPadamnice entry!!~