Menenangkan Diri Semakin aku kejarkan cinta manusia Semakin aku hilang dari roda keyakinanNya Entah. Mengapa yang hadir Cuma untuk sebentar Untuk apa kamu berjuang Andai bukan untuk selamanya Tarik nafas. Mengalahlah diri Bukan kamu yang memiliki dirimu Diri ini untuk diserahkan Biar lumat, hancur berkecai sekeping hati, Redha, dan yakin tak pernah surut Tuhan, Andai ini jalan-jalan yang Kau pilihkan Tiada rasa lain yang berhak hamba persembah Melainkan, rasa rindu, rasa terus mahu diuli Dengan bimbingan dan sayangMu Untuk ujian harini dan semalam. Aku bersyukur seribu syukur Telah dibekalkan diri dan hati yang begini. Untuk ujian harini dan semalam, Terima kasih lagi, Allah :) Akan aku terus berjuang Biar sepi biar sendiri Asal tak lekang rasa syukur dan percaya Aku, untukMu....