Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana selalu memilih yang hasilnya baik-baik Terima kasih kerana selalu mendekati Tuhan 'Memujuk' Dia memberitahu jalan-jalan yang tak pasti Menyakini selalu Dia menemani Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana selalu memilih jadi kuat Walau badai terlalu banyak untuk diberi alasan-alasan Menjadi kulai tak bernafas seperti tidak mahu hidup Awak ada pilihan untuk itu berapa kali banyaknya Tapi awak tegar sahaja bangkit dan bangkit lagi selepasnya Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memegang watak-watak kebaikan Yang lurus dan jujurnya bila dengan Tuhan Yang memberi dan menghargai sekeliling tanpa hampa Yang tegar hidup memikul ketidaksempurnaan diri dan yang lain Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memaknai hidup sepenuhnya Walau masih banyak tempat yang masih kurang, Saya tetap benar-benar bangga dengan awak Terima kasih kerana menjadi diri se...