Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Bila lagi mahu usrah ?

Bismillahirrohmanirrahim. Sirah Rasulullah saw telah jauh melangkaui masa, membuktikan pembentukan individu sangat memerlukan unsur persekitaran yang soleh yang bisa menyokongnya. Usrah pertama dianjur, Dar Al-Arkam menjadi pilihan sebagai titik tolak penyebaran ajaran seorang Nabi Terulung. Ketika itu kumpulan manusia ini tidaklah mempunyai label usrah, namun daripada satu kumpulan kecil inilah panji-panji ketauhidan, kupasan-kupasan al-Furqan, konsep-konsep ibadah yang disemai mantap oleh Rasulullah, tersebar luas ke pelusuk Mekah.  Sampai hari ini, alhamdulillah, kebanyakan kita sudah tidak janggal lagi dengan perkataan usrah. Pertama kali mengenali perkataan usrah itu , setiap orang pasti lain waktunya, caranya dan tempatnya. Namun, mungkin boleh dikongsi di sini sebenarnya usrah itu bukan sekadar bulatan gembira, malah perkataan usrah itu membawa maksud yang dalam, istimewa sekali. Kiranya kita mengerti. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajika