Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Ada

Menerima itu bisa buat kita tenang sebenarnya. Cukup. Terima sahaja. Mungkin kita rasa kita mahu yang begini yang begitu dan begini. Kita rasa alangkah indah jika begitu dan begini. Sudahlah. Angan itu boleh, tapi mohon jangan lebih. Hidup penuh warna. Cantik ada. Buruk pun ada. Berkilat bercahaya berceloreng, menajam,  menikam,  menghangatkan. Maka lalui sahaja. Jangan gopoh. Kita ada kouta. Cahaya tu ajar kita tentang betapa murungnya hitam putih. Hitam putih pula ajar kita betapa sunyi kegelapan. Kegelapan ajar kita kerdilnya kita sebenarnya kalau tak memahami kegembiraan. Kegembiraan ada tersepit pada menerima. Tak pernah kekalahan membawa maksud duka. Ada hikmah punya. Ada.

Kagum

Tak pandai nak luahkan macamana. Hari ini menangis kerana seorang lelaki. Rasa nya ini kali ketiga menangis sebab orang lelaki (yang bukan mahram) . Rasa wow tak kat situ. First hari tu,  sebab arwah Faiz. Sebab macam sangat terkesan dengan pemergian dia. Dan cara dia pergi juga. Kedua,  sebab otw bergelar haafiz,arwah Saiful. Umur setahun muda dari saya,  dan kenal sekejap, tahutahu Allah sangat sayang dia. Subanallah. Harini kali ketiga. Tapi orang ketiga ni masih hidup. Betapa kerja Allah itu sangat pegun,  sangat tak terjangkau boleh meletakkan seorang hambanya ke tahap itu,  walaupun sekelilingnya seperti  berlawanan. Menyedari hakikat inilah hari ini saya sebak menangis mengenangkan diri sendiri yang banyak lopong. Juga membayangkan betapa gagahnya lelaki itu bertahan. Sungguh tak terungkap rasa kagum ini. Maha Kuat Allah. Walaupun masa depan tak tahu bagaimana,  biarlah tinta pernah menitip rasa besarnya takdir Tuhanku. Untuk kali ini, dan hingga hujung nyawa, moga