Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Klise

Assalamualaikum. Aku terfikir. Kita hidup dalam sebuah masyarakat. Dan kita sering terhanyut dengan biah sekeliling. Aku tak rasa ini bagus untuk aku. Ya. Pembetulan. Kadangkadang ia ada baik juga untuk aku. Kita sering tidak diberi peluang untuk membentuk diri sendiri. Daripada kecil kepala disumbat dengan itu salah. Ini tak betul. Ini boleh lagi. Ini bagus. Kita didesak untuk menerima tanpa memahami. Kita didesak untuk mengamal tanpa memeriksa. Kalau atas dasar agama, ajaran Islam inshaAllah aku yakin seratus peratus ia membawa kebaikan kepada semua. Sangat bermanfaat. Tapi budaya. Budaya masyarakat. Budaya keliling. Budaya yang kata orang tak dapat masuk u tu bodoh datang daripada mana? Budaya yang kata baju kurung untuk kenduri dan hari jumaat muncul daripada siapa? Budaya kalau tak pakai kereta besar tu mesti miskin siapa yang bawa? Budaya kalau nak kahwin mesti cukup segala siapa yang mengajar? Aku hairan. Mudahnya kita mengikut. Hanya menonton terus cepat belajar. Oh tid

Kanak kanak

Kanak kanak tu kadang kadang macam span. Senang serap. Senang keluar. Senang kotor. Tapi susah jugak nak kasi bersih semula. Kasihan ada. Bersyukur pun ada. Notakaki : nabi sangat sayang kanakkanak. Sekian.