Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Selamat Tinggal

Menggamit masa yang kian singkat Buat aku terhenti seketika Apakah ini realiti? Kabur sirna Mengapa cepat nian Sejujurnya, aku masih di tangga itu Cukup berat mengizin tapak ini menitip memori harapan Aku tidak mahu pergi. Terus terusan menjalin rasa dengan anugerah itu Keras. Belum bersedia Namun, gelombang ini gelombang imaginasi Harus ditegah dengan jiwa yang gigih Harus dihapus bayang kelmarin Sentakan. Hidup ini harapan. Hidup ini pengorbanan. Keguasaran itu sementara. Bukankah selepas kesusahan itu, kemudahan tetap hadir menyelit? Hadirlah mimpi. Cubalah yang terbaik untuk semua :D #Selamat tinggal semua. Kalau rindu, jangan malu mengaku. Kita hadir di sini, untuk saling menyayangi bukan? Usap air mata itu. Pejamkan mata. Menara harmoni menanti tanpa melihat siapa kita. Sebut nama saya dalam doa awak. Itu cukup. :D