Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Penulisan itu hidup.

Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu. Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard. Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai  hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia. Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan ta

Renyah

Dengan nama Dia aku menulis, Tuhan, limpahkan aku keredhaanMu untukku terus tega mengorak langkah luas dalam kehidupan seharianku. Air mata ini merembes tanda kerdilnya aku dengan cobaan Dia. Saksi betapa aku hati terkoyak kerana menghampakan insan yang telah banyak membantu. Aku tak pernah minta untuk jadi begini. Keraaa pentingkan diri, aku emosi. Kerana tertekan dengan keadaan sekeliling, aku marah-marah. Tanpa memikirkan janji-janjiNya aku lemas menyakiti insan itu. Memikirkan bebanan ini aku selalu kecewa. Ya! aku bukan yang terbaik untuk berada di tempat ini. Aku kecil. Nampak aku ketawa, namun tersembunyi tangisan yang paling dalam. Nampak sahaja aku kuat untuk memberi arahan, namun aku sebenarnya cuba membina diri. Aku sayangkan jemaah ini. Terlalu. Aku mahu sekali lihat jemaah ini bahagia. Namun sirna melebihi sinar. Aku tak pinta begini Tuhan Sebelum ini aku mendamba kebaikan untuk dikecapi semua. Namun, Dia tak beri apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu. Tangi